Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tang.guh] | تڠݢوه

Definisi : tangguh I pengunduran waktu (utk mengerja­kan sesuatu, membayar hutang, dll), penun­daan waktu; tenggang-~ batasan waktu; bertangguh 1. minta tempoh, minta di­­un­dur­kan waktu: wang bakinya ia ~; 2. berlam­bat-lambat, berlengah-lengah, ayal: dgn tiada ~ dan tiada tawar-menawar lagi si Tenggang telah membeli barang-barang itu; 3. tidak mahu, enggan: dia ~ menemui orang tua itu; 4. menunggu hingga ke masa lain, menanti: ayahanda ~lah dahulu tiga puluh dua hari menghimpunkan rakyat tentera ayahanda; bertangguh-tangguh selalu bertangguh, ber­lengah-lengah: dia juga sedar, waktu maghrib akan berakhir jika dia ~; agaknya sudah menjadi tabiatnya suka ~ apabila disuruh membuat sesuatu kerja; menangguhkan, mempertangguhkan 1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan; tertangguh tertunda, terhalang, terhenti, terlambat; pertangguhan janji (utk mengundurkan waktu), ~ waktu bayaran; penangguhan perihal menangguhkan (wak­tu dll): setiausaha pertubuhan itu menya­ta­kan rasa dukacitanya di atas ~ mesyuarat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.guh] | تڠݢوه

Definisi : 1. sukar ditewaskan, kuat: tentera­nya yg ~ serta berani; 2. teguh (pendirian), tabah dan tahan (menderita dll), kukuh: pe­mim­pin yg ~;ketangguhan kekuatan, kekukuhan, kete­guh­an, keuletan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tang.guh] | تڠݢوه

Definisi : penundaan waktu (utk me­lakukan sesuatu): Dia meminta ~ dua hari lagi utk menyiapkan kerja itu. bertangguh 1 meminta supaya di­lanjutkan waktunya: Tuan rumah membenarkan dia ~ membayar sewa rumahnya selama dua minggu. 2 = ber­tangguh-tangguh berlama-lama; ber- lambat-lambat; berlengah-lengah: Dgn tiada ~ lagi, perajurit-perajurit Riau pun melepaskan tembakan ke darat. me­nangguhkan 1 melewatkan wak­tu utk melakukan sesuatu; menunda: Abdullah dan rakan-rakannya pun ber­setuju ~ pelayaran mereka, lalu naik ke darat semula. 2 = menangguh-nangguhkan sengaja melambat-lam­batkan; melengah-lengahkan: Mereka bertujuan ~ tarikh kemerdekaan tanah air. mempertangguhkan menyebabkan atau menjadikan bertangguh. per­tangguhan perbuatan atau hal ber­tangguh. penangguhan perihal (per­buatan dsb) menangguhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tangguh
Kata Terbitan : bertangguh, menangguhkan, mempertangguhkan, tertangguh, penangguhan,

Puisi
 

Belah buluh jangan diusik,
     Kalau diusik menjadi bilah;
Bunga tangguh jangan dikutip,
     Kalau dikutip menjadi salah.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abstinencepantang; tangguh gunaEkonomiTiadaTangguh guna: Penundaan perbelanjaan ke atas barang-barang pengguna, untuk membolehkan pengumpulan modal dibuat.
waiting periodtempoh tangguhPentadbiran PerniagaanTiadaTempoh perhatian atau tempoh tangguh yang terdapat di dalam sesuatu polisi insurans kesihatan. Dalam tempoh ini pihak insurer tidak akan membuat sebarang bayaran faedah kepada pihak yang diinsuranskan.
backqardationbayaran tangguh serahEkonomiTiadaBayaran yang dibuat oleh pespekulasi kepada pembeli kerana gagal menyerahkan saham atau komoditi pada tarikh yang ditetapkan. Di bursa komoditi, bayaran tangguh serah merupakan perbezaan antara harga serta-merta dengan harga ke depan iaitu harga belian komoditi tersebut. Lihat juga harga serta-merta, pasaran ke depan.
bai‘ ‘inahjual beli asetPerniagaan IslamTiada1. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya pada harga tunai dan disusuli pembelian semula oleh penjual dengan harga tangguh yang lebih tinggi. Contohnya, pelanggan menjual aset kepada bank dengan harga tunai RM5 000 dan kemudian bank menjual semula aset tersebut kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500. 2. Akad jual beli antara penjual dengan pembeli apabila penjual menjual asetnya kepada pembeli pada harga tangguh dan disusuli dengan pembelian semula oleh penjual dengan harga tunai yang lebih rendah. Contohnya, bank menjual asetnya kepada pelanggan dengan harga tangguh RM5 500 dan kemudian bank membeli semula aset tersebut daripada pelanggan dengan harga tunai RM5 000. Bentuk jual beli ini diharuskan oleh syarak untuk memenuhi hajat pelanggan mendapatkan wang tunai tetapi bukan aset yang diakadkan. Sinonim ‘inah.
contangobayaran tangguhEkonomiTiadaTiada
backwardationbayaran tangguh serahEkonomiTiadaTiada
abstinencepantang; tangguh gunaSosiologiTiadaTiada
abstinencepantang; tangguh gunaSejarahTiadaTiada
ta’jiltangguh bayaranPerniagaan IslamTiada1. Proses penangguhan pembayaran dalam akad jual beli. Lihat juga bai‘ bithaman ajil. 2. Proses penangguhan tempoh pembayaran hutang asal kepada tempoh lain yang dipersetujui. Ta’jil diharuskan dengan syarat dipersetujui kedua-dua belah pihak, iaitu pemiutang dan penghutang tanpa sebarang faedah. Penangguhan bayaran diharuskan dalam hal yang bukan bahan ribawi.
defer statekeadaan tangguhKejuruteraanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas