measuring tank | tangki pengukur | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : 1. tangki permeteran Tangki tentukur atau tangki yang telah ditentukur yang digunakan untuk mengukur isi padu cecair yang dimasukkan dan/atau dikeluarkan dari tangki atau daripada sistem pengumpulan. Pengukuran biasanya dilakukan secara automatik dengan menggunakan empang limpah, suis pelampung, suis tekanan, atau peranti-peranti yang boleh digunakan untuk mengukur aras cecair secara automatik. |
production tank | tangki pengeluaran | Kejuruteraan | Petroleum | Sinonim : 1. tangki aliran 2. tangki pajak Tangki storan yang ditempatkan di medan minyak untuk digunakan sebagai penerima minyak mentah yang dialirkan dari telaga pengeluaran sebelum minyak mentah tersebut dialirkan ke tangki atau tempat lain. |
pressure storage tank | tangki storan tekanan | Kejuruteraan | Petroleum | Sejenis tangki storan yang dibina supaya tahan menanggung tekanan yang diakibatkan oleh wap yang terdapat dalam tangki berkenaan. Tangki storan jenis ini biasanya mempunyai dinding yang lebih tebal daripada tangki storan biasa dan mempunyai bahagian atas yang cembung atau cekung. Umumnya, tangki storan ini berbentuk sfera. |
dump tank | tangki tuang | Kejuruteraan | Tiada | 2. Tangki tuang: Tangki pengukur yang mengeluarkan isi padu tertentu cecair secara automatik. |
dump tank | tangki lambak | Kejuruteraan | Tiada | 1. Tangki lambak: Tangki untuk menerima bahan penyederhana ketika reaktor nuklear ditutup semasa kecemasan. |
recovery tank | tangki pengembangan | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Tangki pengembangan: Tangki yang disambung kepada penyinar pada enjin penyejuk cecair untuk menyimpan bahan penyejuk yang melimpah dari penyinar, dan sebagai ruang untuk pelepasan gelembung gas. |
accelerating well | tangki pecut | Kejuruteraan Kapal Terbang | Tiada | Tangki sekunder yang dibina di dalam tangki minyak utama. Tangki ini akan mengekalkan minyak yang hanya beredar dari seluruh enjin. Dengan ini pemanasan minyak dipercepat semasa pemanasan enjin. Tangki ini juga membuatkan pencairan minyak lebih berkesan. |
tankage | muatan tangki | Kejuruteraan | Petroleum | Jumlah muatan tangki-tangki yang terdapat di medan minyak. |
tank strapper | pencekak tangki | Kejuruteraan | Petroleum | Pekerja yang mengukur tangki pada berbagai-bagai aras untuk melihat atau mengetahui berapa banyak tangki tersebut akan diisi atau dimuat. Ia juga merupakan pekerja yang mengukur tangki untuk menentukan isi padu yang termuat di dalam tangki berkenaan pada satu perempat daripada ketinggian tangki. |
dump tank | tangki buangan | Kejuruteraan | Petroleum | Tangki tentukur atau tangki yang telah ditentukur yang direka supaya mampu mengeluarkan cecair dengan tepat daripada sistem pengumpulan atau dari tangki secara automatik. |