Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.pi.san] | تاڤيسن

Definisi : 1. sesuatu yg sudah ditapis, hasil drpd menapis; 2. = penapis alat utk menapis se­suatu: ~ minyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.pi.san] | تاڤيسن

Definisi : 1 sesuatu yg sudah ditapis. 2 = penapis alat utk menapis atau utk menyaring sesuatu: ~ minyak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tapis
Kata Terbitan : menapis, tapisan, penapis,

Puisi
 

Tanam ubi tanam keladi,
     Anak belanak dalam tapisan;
Tuan beristeri dia bersuami,
     Ada anak boleh berbesan.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
buntut tapisan(Br.)buntut tapisan (Br.)KesenianTiadaCorak anyaman berunsur haiwan berbentuk tapak anjing. Kelarai anjing.
chinoistapisan terendak CinaPentadbiran PerniagaanTiadaTapisan berbentuk kon yang berlubang halus untuk menapis sos atau bahan separuh pejal yang mudah dilenyek dalam tapisan.
subnet masktapisan subrangkaianTeknologi MaklumatTiadaMekanisma yang digunakan untuk membahagikan suatu rangkaian kepada beberapa subrangkaian kecil. Tapisan subrangkaian boleh digunakan untuk mengurangkan trafik pada setiap subrangkaian dengan mengehadkan grafik kepada subrangkaian yang dihasratkan. Mekanisma ini akan mengurangkan kesesakan trafik pada subrangkaian lain dan seterusnya mengurangkan kesesakan dalam seluruh rangkaian. Apabila paket data diterima oleh penghala, alamat IP asal akan diterjemah kepada alamat tapisan subrangkaian. Hasil alamat tapisan subrangkaian dibahagi kepada dua bahagian, iaitu alamat subrangkaian dan alamat hos. Alamat IP dan alamat tapisan subrangkaian dibandingkan, dan penghala menentukan cara penghantaran paket data. Jika alamat paket data tidak sama dengan alamat subrangkaian, maka paket data akan dihantar ke subrangkaian lain.
China cap strainertapisan terendak CinaPentadbiran PerniagaanTiadaTapisan berbentuk kon yang berlubang halus untuk menapis sos atau bahan separuh pejal yang mudah dilenyek dalam tapisan.
conical strainerpenapis konPentadbiran PerniagaanTiadaTapisan berbentuk kon yang berlubang halus untuk menapis sos atau bahan separuh pejal yang mudah dilenyek dalam tapisan.
screened pankancah bertapisSainsHidrometeorologiKancah sejatan yang bahagian atasnya ditutup oleh tapisan jaringan dawai (jaringan 1/4 inci). Tapisan ini mengurangkan edaran dan tebatan udara dan menghasilkan koefisien kancah yang lebih hampir kepada nilai satu daripada kancah bertapis yang paling meluas digunakan mempunyai garis pusat 2 kaki dan dalamnya 3 kaki, dan dibenamkan ke dalam tanah supaya kira-kira dua inci bingkainya mengunjur ke luar dari permukaan tanah sekitarnya. Aras air dikekalkan lebih kurang pada aras tanah. Koefisien kancah tahunan bagi kancah bertapis pola ini ialah sekitar 0.9 � 1.0.
cribrosustapisan; kribrosusPerubatanTiadaTiada
chinoistapisan terendak CinaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
press censorshiptapisan akhbarKomunikasiTiadaTiada
filteratesaringan; tapisanKejuruteraanTiadaTiada
123

Kembali ke atas