Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tar] | تر

Definisi : kuih ~ sj kuih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tar] | تر

Definisi : bunyi spt bunyi cemeti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tar] | تر

Definisi : 1. = minyak ~ benda cair yg hitam warnanya dan didapati drpd arang batu dll (biasanya digunakan utk membuat atau mela­pisi jalan dll); 2. Id asfalt; jalan ~ jalan yg dibubuh asfalt. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tar] | تر

Definisi : = minyak ~ benda pekat dan lekit yg berwarna hitam dan biasanya digunakan utk melapisi jalan raya dll. bertar dilapisi tar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tar] | تر

Definisi : ist bahan yg terbentuk drpd pembakaran tembakau (terutamanya dlm rokok). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tar


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
middle tar oilminyak tar pertengahanKejuruteraanKejuruteraan KimiaHidrokarbon cecair yang bersuhu didih antara 220�C hingga 375�C yang diproses kepada asid tar, bes tar, naftalena, diesel, kerosin, dan kreosot.
tartarMuzikTiada

Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai membranofon jenis dram. Tar berasal dari Timur Tengah dan di-bawa ke Tanah Melayu oleh pedagang Arab. Alat muzik ini menyerupai alat muzik rebana hadrah yang juga dikenali se­bagai rebana kercing di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tar dimainkan dalam ensembel bagi mengiringi teater rodat di Terengganu. Lihat juga rebana hadrah.

wood tar creosotekreosot tar kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSulingan yang diperoleh daripada proses penyulingan tar kayu, dan biasanya dikenali sebagai kreosot tar kayu konifer atau kreosot tar kayu keras. Kreosot ini boelh digunakan sebagai bahan farmaseutik.
coal tartar batu arangGeologiTiadaTar yang diperolehi daripada penyulingan memusnah batu arang berbitumen.
tartarKimiaTiadaCampuran hidrokarbon pekat yang berwarna hitam dan mempunyai bau cirian. Tar diperoleh daripada penyulingan kayu, petroleum, tanah gambut, arang batu, bahan mineral atau bahan sayuran.
petroleum tartar petroleumKejuruteraanPetroleumHasil yang diperoleh daripada penulenan petroleum, berwarna hitam atau coklat gelap dan likat. Bahan ini akan memberikan baki pepejal dalam jumlah yang bererti, bila di sejat sebahagian, atau disuling secara berperingkat. (Perkataan tar mestilah diikuti oleh perkataan petroleum kerana perkataan tar (sahaja) tidak sepatutnya digunakan untuk bahan-bahan yang diterbitkan daripada petroleum mentah atau pecahannya).
tar acidasid tarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanSebatian asid lemah yang mudah terbakar, mudah larut, dan beracun yang terdiri daipada campuran bahan seperti fenol, kresol dan xilenol. Bahan ini didapati daripada tar dan sulingan tar, dan digunakan sebagai pengawet kayu dan racun serangga.
tartarKejuruteraanPetroleum1) Sisa yang berwarna antara hitam dengan coklat tua dan berkelikatan sangat tinggi, yang tertinggal selepas penyulingan bahan-bahan organik seperti kayu, gambut, batu arang dan lain-lain dijalankan. 2) Sisa yang berwarna hitam, pekat lagi likat, yang tertinggal selepas proses penyulingan petroleum. Istilah tar kadangkala dipakai untuk merujuk kepada bahan seperti ini tetapi sebenarnya pemakaian ini adalah tidak tepat.
tartarKesenianTiadaRebana berbingkai yang digunakan dalam permainan rodat.
tartarPerhutananTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas