make-up | alat solek | Kesenian | Drama dan Teater | Bahan tatarias yang digunakan di bahagian muka, leher dan anggota-anggota yang kelihatan kepada penonton dalam seni persembahan drama atau teater. Alat solek digunakan untuk memberi pemahaman dan penjelasan watak yang sedang dimainkan kepada penonton. |
dressing room | bilik persalinan | Kesenian | Drama dan Teater | Ruang persalinan kostum dan persiapan tatarias yang terletak di belakang pentas. |
dress rehearsal | latihan lengkap | Kesenian | Drama dan Teater | Proses latihan terakhir sebelum persembahan sebenar, lengkap dengan kostum, tatarias, pencahayaan, set, prop dan aspek teknikal lain. |
scenography | sinografi | Kesenian | Drama dan Teater | Reka bentuk visual pentas yang melibatkan set, prop, tatacahaya, kostum dan tatarias. Sesebuah pementasan atau produksi memerlukan sinografi untuk menimbulkan kesan estetika kepada penonton. |
mime | mimos | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan lakon bisu dengan mimik gerak dan wajah. Dalam persembahan mimos, busana serta tatarias diberi perhatian bagi memberikan kesan kepada lakonan. |
back of the house | ruang belakang pentas | Kesenian | Drama dan Teater | Kawasan di bahagian belakang pentas yang merangkumi bilik persalinan, bilik tatarias, bilik rehat dan bilik air pelakon. |
dramatization | pendramaan | Kesenian | Drama dan Teater | Pengolahan kraf teater yang berbentuk artistik melalui perlakuan pelakon dan sokongan teknikal dan audio visual serta tatarias yang dapat memberikan impak yang bernilai dramatik kepada penonton. |
stage design | reka bentuk pentas | Kesenian | Drama dan Teater | Lakaran konsep dan bentuk produksi drama yang merangkumi kostum, set, prop, pencahayaan dan tatarias. Rekaan ini dibuat mengikut kesesuaian cerita, ukuran keluasan dan kelengkapan pentas. |
stage aesthetics of effect | kesan estetik pentas | Kesenian | Drama dan Teater | Ukuran keindahan dalam rekaan pentas yang melibatkan unsur pencahayaan, reka bentuk set dan prop, kostum dan tatarias. Lihat jugasinografi. |
poor theatre | teater miskin | Kesenian | Drama dan Teater | Persembahan teater yang menggunakan perbelanjaan minimum. Teater jenis ini biasanya dipersembahkan di ruang terbuka, tanpa sewaan panggung dan tidak mementingkan penggunaan set, kostum atau tatarias yang mewah. Tumpuan persembahan teater miskin lebih kepada pelakon dan bersifat mesra khalayak. |