anadromous fish | ikan anadromi | Sains Marin | Tiada | Ikan yang bermigrasi dari laut ke ekosistem air tawar untuk membiak. Ikan anadromi menetas di kawasan air tawar, tetapi membesar dan menghabiskan usianya di lautan, dan kembali ke habitat air tawar untuk membiak. Contohnya, ikan salmon, sturgeon, bass dan lain-lain. Banding ikan katadromi. |
المماكسة | tawar-menawar | Agama Islam | Fiqh | Tawar-menawar dalam urusan jual beli bagi menentukan harga sesuatu barang. |
concession bargaining | tawar-menawar konsep | Pentadbiran | Tiada | Bentuk tawar-menawar kolektif, iaitu gaji boleh dibekukan atau dikurangkan untuk mencegah pemberhentian kerja sementara. |
good faith bargaining | tawar-menawar cara baik | Pentadbiran | Tiada | Tawar-menawar berkaitan gaji, masa dan lain-lain syarat pekerja dengan cara baik. |
freshwater lens | kanta air tawar | Geologi | Tiada | Jasad air tawar yang terapung di atas air tanah masin dalam akuifer yang sama. |
freshwater lens | kanta air tawar | Geografi | Tiada | Jasad air tawar yang terapung di atas air tanah masin dalam akuifer yang sama. |
fresh-water lens | kanta air tawar | Hidrogeologi | Tiada | Badan air tawar yang terapung di atas tanah masin dalam akuifer yang sama, seperti di pulau-pulau atau gumuk pasir. Sin.: kanta Ghyben-Herzberg |
fresh-water barrier | sawar air tawar | Hidrogeologi | Tiada | Rabung air tanah tawar dengan hulu yang cukup untuk menahan kemasukan air masin. |
permissive bargaining issue | isu tawar-menawar berizin | Pentadbiran | Tiada | Isu yang boleh dibangkitkan dalam tawar-menawar tetapi tidak semestinya dibincangkan. |
bargaining theory | teori tawar-menawar | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kaedah yang digunakan dalam persaingan politik antara dua atau lebih pihak dalam sistem demokrasi. Teori ini menekankan bahawa proses tawar-menawar merupakan usaha penting yang digunakan oleh pihak terlibat untuk mencapai satu formula yang diterima oleh semua. Rundingan, tolak ansur dan toleransi merupakan prinsip utama untuk memastikan semua pihak berpuas hati. Rundingan ini biasanya berakhir dengan pembentukan suatu perjanjian, permuafakatan, deklarasi dan manifesto bersama. Kaedah ini kerap digunakan dalam politik demokrasi memandangkan prosesnya tidak melibatkan kekerasan dan lebih mencerminkan suatu aktiviti politik yang bersifat sivil. Contohnya, perselisihan faham di antara Kesatuan Sekerja dengan pihak majikan kerap kali diakhiri dengan rundingan melalui proses tawar-menawar. |