Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ta.wa.ran] | تاورن

Definisi : 1. harga yg dikemukakan oleh pem-beli (penyewa dll): ~ dipelawa bagi men­yewa gerai menjual minuman; 2. sesuatu yg ditawarkan: mendengar ~ gaji tinggi yg dibuat melalui surat khabar mereka pun datang melamar; dia menolak ~ orang tua itu utk dijodohkan dgn seorang pemuda; 3. sebut harga (upah) utk membuat sesuatu: ~ drpd pemborong utk membina bangunan itu akan diterima mulai 11 Januari; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ta.wa.ran] | تاورن

Definisi : 1 harga yg dikemukakan atau yg di­minta oleh pembeli, penyewa dsb. 2 sesuatu yg ditawarkan: Mereka tidak mahu menerima ~ gaji yg dikemukakan oleh kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tawaran

Peribahasa

43

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu gajah memamah aris, baik diikat kera kecil y

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bouncebacksertaan tawaranKomunikasiKorporatTawaran tambahan yang dibuat kepada pengguna yang bertindak balas terhadap tawaran asal yang dibuat oleh syarikat. Tawaran ini disertakan bersama dengan barangan asal yang telah dipesan. Strategi penjualan barangan dengan cara ini berjaya kerana: (i) Syarikat berjaya mengenal pasti kecenderungan minat pengguna terhadap sesuatu jenis barangan. (ii) Syarikat berupaya memperkenalkan lebih banyak pilihan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan oleh pengguna. (iii) Syarikat boleh mendapatkan tambahan senarai pelanggan yang bekecenderungan tinggi menjadi pelanggan tetap syarikat. Selain tawaran barangan tambahan, pengguna kerap juga ditawarkan dengan ganjaran lain dalam bentuk kupon potongan harga, tawaran keahlian istimewa, hadiah, tawaran cabutan nombor bertuah dan sebagainya.
public offeringtawaran awamPentadbiran PerniagaanTiadaTawaran syer sesebuah syarikat kepada pelabur awam dengan cara membuat tawaran awam atau tawaran untuk jualan.
seasoned offeringtawaran ulanganPentadbiran PerniagaanTiadaTawaran saham selepas diadakan tawaran permulaan.
preemptive rightshak beli dahuluPentadbiran PerniagaanTiada1. Hak pemegang saham membeli sebilangan syer terbitan baru pada harga tawaran sebelum tawaran dibuat kepada pelabur umum. Tujuannya supaya kadar pemegangan dapat dikekalkan.
firm commitmentilitzam utuhPentadbiran PerniagaanTiadaPersetujuan antara penanggung jamin dan syarikat yang menerbitkan sekuriti dengan penanggung jamin bersetuju untuk membeli, pada harga tawaran, semua tawaran yang tidak dilanggan oleh umum.
offer for saletawaran jualanPentadbiran PerniagaanTiadaSatu cara tawaran awam dengan sekuriti yang telah diterbitkan dan dipegang oleh pelabur asal berpindah tangan kepada pelabur awam. Tawaran ini tidak melibatkan terbitan saham baru.
tender offertawaran tenderPentadbiran PerniagaanTiadaBentuk pengambilalihan paksaan iaitu individu atau firma menawarkan pembelian sebahagian atau keseluruhan saham syarikat sasaran. Tawaran ini diiklankan kepada umum dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tawaran itu dikirimkan kepada pemegang saham.
offer and acceptancetawaran dan penerimaanPentadbiran PerniagaanTiadaSalah satu daripada syarat untuk menjadikan kontrak sah ialah penerimaan penuh oleh satu pihak terhadap tawaran yang dibuat oleh pihak lain. Dalam insurans, tawaran dibuat oleh pihak yang diinsuranskan atau insurer.
bidtawaran; bidaUndang-undangTiadaBida: Tawaran untuk membeli atau menjual sesuatu barangan pada harga tertentu.
tender offertawaran tenderPentadbiranTiadaTawaran umum dibuat secara langsung kepada pemegang saham dirma untuk membeli sahamnya, dalam usaha untuk mengambil alih syarikat
12345678910...

Kembali ke atas