humour appeal | pemikat lucu | Komunikasi | Korporat | Usaha mendapatkan perhatian khalayak terhadap sesuatu perkhidmatan atau barangan yang dipromosikan dengan menggunakan pendekatan komedi. Aspek komedi atau lucu boleh diwujudkan dalam bentuk positif dan negatif. Unsur kelucuan tersebut termasuklah kenyataan dan gelagat kehidupan sebenar yang melucukan. Aspek kelucuan ini dipaparkan dalam bentuk penulisan atau lakonan,sama ada menggunakan pelakon sebenar atau animasi. Contoh iklan lucu positif ialah iklan yang memaparkan tingkah laku kanak-kanak yang bermain tanah sehingga mencomotkan pakaian dan wajah mereka. Gelagat mereka yang takut dimarahi oleh ibu masing-masing mewujudkan rasa kelucuan dalam kalangan khalayak. Unsur positif dalam iklan ini ialah terdapatnya keriangan dan bebas dalam kalangan kanak-kanak yang sedang bermain. Contoh iklan lucu negatif pula ialah iklan yang memaparkan remaja obes menggunakan gel rambut yang tidak berjenama sehingga rambutnya menjadi tegak dan keras. Apabila menggunakan gel rambut yang diiklankan, rambut remaja kembali rapi d |
erectile | erektil | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan keupayaan untuk menjadi tegak, keras dan tegar. |
heterogenous ray | ruji heterogen | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ruji dalam kayu keras yang tisunya terdiri daripada sel ruji melintang dan sel ruji tegak, atau sel ruji melintang dan sel ruji segiempat. |
edge runner | pelari tepi | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | Pengisar atau penghancur jenis putaran yang dilengkapi penggelek tegak. Penggelek ini berputar di dalam bekas rata berpermukaan bulat yang diperbuat daripada batu atau besi. Bahan yang hendak dikisar atau dihancurkan diletakkan di dalam ruang longkang atau alur bekas bulat. Pengisar ini digunakan untuk menghancurkan bijih dan sebarang bahan keras. Pelari tepi dikenali juga sebagai mesin atau pengisar Chile kerana sering ditemui di Amerika Selatan pada zaman dahulu. |