rotation | putaran | Fizik | Mekanik | 1. Gerakan jasad tegar yang salah satu titiknya tetap atau semua titik pada garis lurus sentiasa tetap. gerakan putaran 2 Sesaran sudut pada jasad tegar. 3 Gerakan zarah mengelilingi suatu titik tetap. |
flaccid | flaksid | Perubatan | Tiada | 1. Tidak tegar, lembut atau longlai. |
adaptor | penyesuai | Teknik | Elektrik | 1. Alat tambah pembuluh yang menyambungkan pembuluh tegar dengan pembuluh boleh ubah. Biasanya penyesuai berupa pembuluh yang digunakan untuk sambungan bekalan pada motor. 2. Alat tambah pemegang lampu untuk tujuan sambungan bekalan dari pemegang lampu ke tempat lain. 3. Alat tambah palam yang mempunyai beberapa jenis soket, atau mempunyai lebih daripada satu soket alur keluar untuk menyambungkan beban tambahan. |
rapid curing | awet segera | Kejuruteraan Automotif | Tiada | 1. Kaedah mengeraskan permukaan turapan tegar supaya mencapai tahap kekuatan yang maksimum. |
bone | tulang | Perubatan | Tiada | 1. Tulang: Mana-mana struktur yang membentuk rangka kebanyakan vertebrat.,2. Tisu tegar yang berliang yang bahan asasnya mengandungi garam kalsium. |
lute | kedap | Kejuruteraan | Tiada | 1. Kedap: Bahan yang bertindak sebagai pengikat dalam bahan seramik tetapi bersifat tidak tegar. |
link | paut | Mekanik | Gunaan | 1. Unsur yang menghubungkan dua pasangan. Unsur ini juga dinamai batang mesin. Lihat juga unsur, pasangan. 2. Anggota dua daya yang tegar dan pendek, digunakan sebagai sokong struktur. Daya tindak balas yang dikenakan oleh paut pada sendi bertindak di sepanjang paut itu. |
plastics | plastik | Kejuruteraan | Polimer | Sebatian polimer yang mempunyai darjah struktur yang tegar, iaitu mempunyai modulus yang lebih besar daripada 1 x 109 dine/cm2. |
plate | plat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | 1. Kayu mengufuk yang berukuran 100 mm x 50 mm yang digunakan untuk mengalas anggota lain; 2. Kepingan logam yang rata, tegar dan tebal. |
appendage | apendaj | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Organ atau bahagian yang melekat pada sesuatu jasad, seperti anggota, cabang, dan sebagainya. 2. Struktur yang berbentuk hifa dan tegar yang menjadi tempat peritesium melekat pada atau terpisah daripada miselium yang struktur dan fungsinya berbeza-beza bergantung pada jenis askomiset. |