Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ték.ni.kal] | تيکنيکل

Definisi : (téknikal) 1. (yg) berkaitan dgn pelak-sanaan sesuatu kerja dsb (tidak dgn aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri): pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~; 2. (yg) berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg tertentu: perkataan ~; istilah ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ték.ni.kal] | تيکنيکل

Definisi : /téknikal/ 1 berkaitan dgn pelaksanaan sesuatu usaha, kerja dsb (ti­dak termasuk aspek, tatacara atau perincian kerja tsb): Projek itu ditangguhkan kerana masalah ~. 2 berkaitan dgn sesuatu bidang pengetahuan yg khusus: kata ~; bidang ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teknikal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mechanical requirementkeperluan mekanikalKomunikasiKorporatMesej iklan bercetak yang mengandungi penyataan yang bersifat teknikal. Sesuatu barangan bersifat teknikal diiklankan melalui media cetak perlu dijelaskan ciri teknikalnya bagi memudahkan kefahaman bakal pembeli. Maklumat teknikal tersebut boleh mengandungi ciri teknikal yang baru atau lama yang telah dipertingkatkan kecekapannya, ciri mesra pelanggan, unsur keselamatan atau panduan penggunaan yang membolehkan barangan mencapai jangka hayat yang panjang. Tujuan penjelasan maklumat yang bersifat teknikal ini adalah untuk meningkatkan keyakinan bakal pembeli terhadap mutu barangan. Mesej boleh disampaikan dalam pelbagai bentuk rekaan perkataan atau imej visual, seperti secara pegun atau tiga dimensi.
technical controllerpengawal teknikalSukanTiadaPegawai teknikal yang menyelia pengangkat semasa pertandingan.
technical planningperancangan teknikalLandskapTiadaKerja merancang hal ehwal teknikal yang dilakukan oleh pakar tertentu.
technical delegatewakil teknikalSukanLumba BasikalPegawai yang dilantik sebagai ketua teknikal untuk menyelia kejohanan berbasikal.
technical specificationspesifikasi teknikalLandskapTiadaButir terperinci tentang sesuatu perkara yang berkaitan dengan hal-ehwal kerja teknikal.
technical rehearsallatihan teknikalKesenianDrama dan TeaterLatihan untuk melihat sejauh mana keperluan dan keberkesanan aspek teknikal.
technical run-throughlatihan lengkap teknikalKesenianDrama dan TeaterProses latihan terakhir dalam teater yang melibatkan aspek teknikal seperti pencahayaan, kesan bunyi, kesan khas, set, prop dan sebagainya.
abstractorpenyariPerpustakaanTiadaKakitangan saintifik atau teknikal yang menyediakan sari daripada jurnal-jurnal saintifik, teknikal, atau sumber-sumber lain.
Women's Technical Committee (W.T.C.)Jawatankuasa Teknikal WanitaSukanTiadaJawatankuasa yang mengendalikan segala urusan teknikal sukan gimnastik artistik wanita.
Men's Technical Committee (M.T.C.)Jawatankuasa Teknikal LelakiSukanTiadaJawatankuasa yang mengendalikan segala urusan teknikal sukan gimnastik artistik lelaki.
12345678910...

Kembali ke atas