qada’ | menunaikan kewajipan | Perniagaan Islam | Tiada | Pelaksanaan tugas yang sama, sebagai ganti kepada tinggalan tugas tersebut pada masa lalu. Contohnya, pembayaran cukai yang tidak dilaksanakan pada tahun lalu mesti dibayar, walaupun tempoh taksiran telah berlalu. |
cold tolerance | ketoleransian sejuk | Pertanian | Agroteknologi | Sifat tumbuh-tumbuhan yang boleh hidup dalam keadaan suhu yang sangat rendah. Kebanyakan tumbuhan ini terdapat di kawasan iklim sederhana dan iklim sejuk. Ia dapat hidup pada musim sejuk dengan menjadi dorman apabila suhu mulai menurun. Segala proses fisiologi tumbuhan seperti fotosintesis, transpirasi dan respirasi akan terhenti pada ketika yang sangat rendah seolah-olah tumbuhan itu telah mati. Apabila suhu mulai meningkat setelah musim sejuk berlalu, tumbuhan itu akan memulakan segala proses kehidupan. |