equivalency test | ujian setara | Pendidikan | Tiada | Ujian untuk menentukan tahap pengetahuan dan pengalaman lalu telah memenuhi keperluan pencapaian masuk sesuatu kursus. |
protogalaxy | protogalaksi | Matematik | Tiada | Awan gas raksasa yang diandaikan wujud pada suatu ketika yang lampau dan telah memadat lalu menjadi bintang yang membentuk galaksi yang kita ketahui sekarang ini. |
qada’ | menunaikan kewajipan | Perniagaan Islam | Tiada | Pelaksanaan tugas yang sama, sebagai ganti kepada tinggalan tugas tersebut pada masa lalu. Contohnya, pembayaran cukai yang tidak dilaksanakan pada tahun lalu mesti dibayar, walaupun tempoh taksiran telah berlalu. |
ripple-through counter | pembilang riak lalu | Kejuruteraan | Tiada | Pembilang yang padanya setiap flip-flop tidak boleh berubah keadaan sehingga selepas flip-flop sebelumnya telah berubah keadaan. Sinonim: pembilang siri. |
aerial navigation | pengawasan ruang udara | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Kawalan terhadap hak ruang udara sesebuah negara. Hak tersebut telah disepakati dalam Konvensyen Paris pada tahun 1919. Konvensyen tersebut telah menetapkan bahawa setiap negara mempunyai kedaulatan terhadap ruang tanpa batas ketinggian. Sekiranya pesawat negara asing mendarat di sesebuah negara, negara tersebut mempunyai hak membuat pemeriksaan terhadap pesawat tersebut. Selain itu, lalu lintas udara juga dibuat melalui kerjasama dua atau pelbagai negara. |
dentine bridge | jambatan dentin | Pergigian | Tiada | Lapisan dentin yang terbentuk di atas bumbung pulpa yang telah terdedah sebelumnya. Jambatan dentin ini terhasil berikutan dorongan peletakan simen kalsium hidroksida semasa peringkat penyediaan kaviti yang lalu. Ia juga bertindak sebagai pelindung tisu pulpa yang terdedah. |
pay-as-you-go plan | pelan bayar sambil lalu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Istilah skim pencen, ini digunakan apabila tiada pendanaan atau rizab diwujudkan untuk membayar liabiliti pencen pada masa hadapan. Ini bermakna bahawa caruman daripada ahli yang masih bekerja akan digunakan untuk membayar faedah persaraan kepada ahli yang telah bersara. |
nitro shooting | penembak nitro | Kejuruteraan | Petroleum | Proses perangsangan formasi yang pertama kali digunakan di Pennsylvania sekitar 100 tahun yang lalu. Dalam kaedah ini nitrogliserin diletakkan di dalam telaga dan kemudiannya diletupkan untuk meretakkan batuan. Biasanya diletakkan juga pasir dan kerikil di atas cas bahan letupan tersebut untuk meningkatkan kecekapan letupan tersebut. Sekarang kaedah ini sudah tidak digunakan lagi kerana telah digantikan dengan kaedah peretakan formasi. |
flashback | imbas kembali | Kesusasteraan | Tiada | Teknik penceritaan yang digunakan dalam naratif atau drama untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot ke belakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbulan. Contoh imbas kembali ditemui dalam novel Azmah Nordin berjudul Mega Nisaa, Halusinasi dan Singgahmata. Teknik imbas kembali juga terdapat dalam filem. Lihat juga in medias res. |
flashback | imbas kembali | Kesenian | Drama dan Teater | Teknik penceritaan yang digunakan dalam drama atau teater untuk memasukkan peristiwa atau kejadian yang telah berlaku sebelum bermulanya cerita yang sedang dikisahkan. Penggunaan imbas kembali membolehkan penulis memberikan maklumat yang menjadi latar belakang kepada cerita yang sedang dikisahkan. Teknik ini membolehkan cerita bermula di tengah-tengah, kemudian menyorot kebelakang dan seterusnya menyambung cerita semula. Dengan cara ini, jalinan atau sambungan cerita lebih jelas antara peristiwa yang lalu, sekarang, dan akan datang, sekali gus dapat menyerlahkan kesan rentetan kronologi yang utuh. Imbas kembali boleh dilaksanakan melalui mimpi, kenangan kembali, khayalan atau perbualan. |