nomophobia | fobia tanpa telefon bimbit / nomofobia | Psikologi | Tiada | Perasaan takut, gelisah atau kalut yang berlaku pada seseorang tanpa telefon bimbit yang boleh membawa kesan dalam kehidupan harian mereka. |
handphone | telefon bimbit | Sosiologi | Tiada | Telefon tanpa wayar yang mudah dibawa. |
distracted walking | berjalan leka | Umum | Tiada | Perbuatan berjalan tanpa memberikan tumpuan penuh kepada persekitarannya, kerana penggunaan peranti elektronik seperti telefon bimbit, mendengar muzik, audio siar, atau berbual. |
silent walking | berjalan sunyi | Umum | Tiada | Perbuatan berjalan dengan memberikan tumpuan penuh kepada persekitarannya, tanpa penggunaan peranti elektronik seperti telefon bimbit, mendengar muzik, audio siar, atau berbual. |
text neck syndrome | sindrom leher peranti | Perubatan | Tiada | Kesakitan pada leher akibat terlalu lama menundukkan kepala untuk melihat skrin telefon bimbit atau peranti elektronik mudah alih. |
e-waste | e-buangan/e-sisa | Alam Sekitar | Tiada | Buangan barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau usang seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa secara berjadual di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar. |
wireless application protocol (WAP) | protokol aplikasi wayarles (WAP) | Teknologi Maklumat | Perisian | Protokol piawaian antarabangsa terbuka bagi lapisan aplikasi komunikasi rangkaian yang digunakan dalam persekitaran komunikasi wayarles. Kegunaan utama protokol ini adalah untuk membolehkan capaian pada web bergerak daripada telefon bimbit atau pembantu digital peribadi (PDA). Walaupun pelayar WAP menyediakan kesemua perkhidmatan asas bagi pelayar web berasaskan komputer, tetapi disebabkan kekangan saiz skrin paparan telefon bimbit yang kecil, perkhidmatan tersebut disediakan dalam bentuk yang lebih mudah. Laman web dalam protokol WAP ditulis dalam bentuk bahasa tandaan wayarles (WML) dan dicapai melalui pelayar WAP. Contoh perkhidmatan WAP ialah e-mel, muat turun muzik dan melayar laman web. |
burner phone | telefon guna hapus | Komunikasi | Tiada | Telefon bimbit yang menggunakan kad telefon prabayar tanpa kontrak rasmi dengan penyedia komunikasi. Telefon guna hapus biasanya akan dilupuskan selepas digunakan. |
wireless markup language (WML) | bahasa penanda wayarles (WML) | Teknologi Maklumat | Perisian | Bahasa tandaan berasaskan XML yang digunakan bagi kesemua peranti yang mempunyai spesifikasi WAP. Kebanyakan bahasa ini digunakan dalam telefon bimbit dan PDA. Bahasa ini dipopularkan oleh Erricson pada 1998 dengan versi pertama WML1.1. Kemudian, diikuti dengan versi kedua WML1.2. Contoh WML adalah seperti yang berikut: Ini adalah sampel laman WML. |
jamming | penyesakan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Gangguan penghantaran komunikasi dengan cara menyesakkan rangkaian komunikasi yang menyebabkan penafian khidmat. Pengguna tidak dapat membuat atau menerima panggilan dalam tempoh penyesakan. Contohnya, penyesakan telefon bimbit. |