sectarianism | sektarianisme | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman yang mengutamakan sentimen kelompok tertentu yang berasaskan agama, bahasa, kekeluargaan, tempat asal, hubungan darah, warna kulit mahupun ideologi. Fahaman ini menolak unsur objektiviti atau rasionalisme yang boleh menggugat kepentingan kelompok yang diutamakan. Pemikiran parokial ini terdapat dalam sebuah masyarakat yang tradisional, kurang pendidikan dan terpisah dari dunia luar. Walau bagaimanapun, unsur ini juga terdapat dalam masyarakat moden terutamanya yang berasaskan ideologi dan organisasi tertentu. Contohnya, faham kepuakan adalah sangat tinggi dalam politik India apabila setiap kaum dan negeri memiliki parti dan NGO sendiri seperti Liga Muslim, Hindu Mahasabha, Akali Dal dan Telugu Desam. Sinonim faham kepuakan. |
kriti | kriti | Muzik | Tiada | Genre muzik klasik Karnatak yang dicipta dan bermeter yang dipersembahkan dalam konsert klasik India Selatan. Tema lirik tentang kasih sayang dan jasa kepada dewa seperti Krishna, Govinda dan Keshava. Genre muzik ini menggunakan bahasa Telugu, Sanskrit atau Tamil. Kriti dipersembahkan selepas improvisasi alap dan dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu pallavi, anupallavi dan charanam. |