Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata temanya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sirventesatira trubadurKesusasteraanTiadaBentuk puisi kedaerahan yang temanya berbentuk politik atau moral yang selalunya bertujuan menyindir.
erotiserotisKesusasteraanTiadaKarya seni dan sastera yang temanya bersifat mengghairahkan dan membangkitkan nafsu.
epigraphepigrafKesusasteraanTiada1. Epigraf: Kutipan atau moto singkat yang ditulis untuk memperkenalkan sesebuah karya atau tulisan dan digunakan untuk menyarankan temanya.
panjipanjiKesusasteraanTiadaGelaran yang diberikan kepada wira dalam kelompok cerita panji. Cerita panji merujuk kepada sejenis genre atau sekelompok cerita jawa yang dicirikan oleh watak, tema, latar dan plot yang tipikal. Cerita Panji ialah cerita Jawa asli, dan temanya bukan saduran daripada epik India. Cerita panji dipercayai tersebar pada zaman kerajaan Hindu-Jawa di Majapahit. Oleh itu, cerita ini memperlihatkan pengaruh budaya Hindu-Jawa yang pekat dan tidak menampakkan langsung pengaruh Islam. Cerita panji ialah cerita sastera istana yang berfokus kepada keperihalan hidup dan budaya istana. Cerita panji dikatakan sebagai sebuah epik kerana ceritanya yang panjang dan bersifat kewiraan, dan cerita ini dianggap sebuah roman kerana sarat dengan tema percintaan. Ceritanya berkisar tentang empat buah kerajaan Jawa, iaitu Koripan, Daha, Gagelang dan Kediri. Temanya berfokus pada percintaan antara Raden Inu, iaitu Puteri Ratu Koripan dengan Chandera Kirana, iaitu Puteri Ratu Daha. Cerita Panji disampaikan dalam bentuk prosa dan puisi. C
nursery rhymepuisi kanak-kanakKesusasteraanTiadaPuisi berangkap yang muncul dalam bentuk ringkas, pendek, dan menggunakan bahasa yang mudah. Puisi kanak-kanak mementingkan rima dan baris-baris bersukat supaya mudah diingati dan digemari kanak-kanak. Temanya berkisar tentang pengalaman kanak-kanak, lucu dan berseloroh tetapi mengandungi unsur pengajaran dan moral yang baik. Contoh puisi kanak-kanak yang popular dari Barat adalah seperti yang berikut: �Humpty Dumpty� Humpty Dumpty sat on the wall, Humpty Dumpty had a great fall. All the king�s horses and all the king�s men, Could not put Humpty Dumpty together again. Dalam tradisi Melayu, puisi kanak-kanak sering muncul dalam bentuk pantun dua kerat yang mudah. Contohnya: Satu, dua, tiga, empat, Siapa cepat dia dapat. Puisi kanak-kanak dalam bentuk pantun empat kerat yang mudah. Contohnya: Pak kenek-kenek, Masuk lubang batu; Pesan datuk nenek, Simpan kain baju. Dalam kesusasteraan Arab, lagu buaian Nam Nanah Huwa dan lagu puisi berkumpulan kanak-kanak al-Tha�lab Fat fat. Dalam sastera Pa
operaoperaMuzikTiada

 Genre muzik yang wujud pada akhir abad ke-16 dan terus dikarya sehingga kini. Genre ini terdiri daripada drama, lakonan dan muzik, hiasan pentas dan kostum. Temanya berkenaan dengan cerita legenda, mitos atau kehidupan seharian. Opera biasanya dimulakan dengan satu ouverture dan diikuti beberapa babak dan adegan. Muzik opera mengandungi pelbagai jenis lagu seperti aria, duo, ensembel, korus dan resitatif. Komposer opera yang utama ialah Montiverdi, Mozart, Purcell, Rossini, Verdi dan Puccini. Lihat juga opera buffa, opera seria, opera comique, singspiel, number opera, opera balada, operetta.

tankatankaKesusasteraanTiadaPuisi lirik klasik Jepun. Puisi ini bermula sebagai puisi istana pada abad ketujuh. Bentuk tanka hampir serupa dengan haiku, iaitu bentuknya tetap dan mampat. Tanka bersifat silabik dan terbentuk daripada 31 suku kata dalam lima baris. Baris pertama dan kelima mempunyai lima suku kata, dan baris lainnya mempunyai tujuh. Stail tanka agak formal dari segi diksi dan suasana, temanya bertumpu pada sesuatu imej, suasana, atau peristiwa yang tertentu. Subjeknya bersifat lirik, seperti alam, cinta dan berupa rintihan. Contohnya karya yang dihasilkan oleh seorang penyair pada abad ke-20, iaitu Ladiy Izumi Shikibu: Berbaring di sini bersendirian, Tenggelam begini memikirkanmu, Sampai terlupa menyikat, Rambut kusutku � oh kalaulah, Tanganmu membelai, menyisirnya! Lazimnya, dalam tanka dan haiku ada perubahan mendadak pada bahagian penutupan atau hampir kepada penutupan. Tanka dikenali juga sebagai waka atau uta. Lihat juga bentuk, ghazal, imagisme.
kidungkidungKesusasteraanTiadaPuisi Jawa asli yang dikarang dalam bentuk sukatan baris yang dikenali sebagai tengahan. Prinsip dasar baris kidung sama seperti sukatan baris dalam puisi Jawa moden yang dinamai macapat. Ciri-ciri umum kidung ialah jumlah baris dalam satu bait tetap sama selagi sukatan barisnya tidak diganti. Semua bait tengahan mempunyai lebih daripada empat baris. Setiap baris mempunyai suku kata yang tetap, iaitu antara 8-10 suku kata tetapi panjang baris boleh berubah mengikut kedudukannya dalam bait. Biasanya, baris kidung disusun dua atau empat dengan rima hujung yang sama. Di Kraton, Jawa Timur, puisi kidung dinyanyikan dalam bahasa Jawa untuk mengelakkan bencana dan petaka. Amalan ini merupakan sebahagian daripada budaya Jawa Kuno. Kidung dinyanyikan dengan iringan alat ensembel seperti gambang dan saron. Tema kidung biasanya bersifat sejarah, menceritakan perihal masa silam yang berkait dengan wira bangsa peribumi. Kidung juga menggunakan cerita panji sebagai temanya. Contohnya, Wangbang Widaya ialah cerita Panji ya

Kembali ke atas