Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tem.pur] | تمڤور

Definisi : bertempur 1. berlanggaran, berlaga, bertubrukan: ombak ~; 2. berkelahi, bergaduh, berjuang, berperang: lalu ~lah mereka dan beramuk-amuk dgn lebih hebat lagi; menempur menyerang, melanggar, menem­puh; mempertempurkan 1. menjadikan bertempur, memperlagakan, memperten­tangkan: negara-negara besar ~ negara-negara kecil utk ke-pentingan mereka sendiri; 2. memperjuang-kan, berjuang utk: mereka ~ kepentingan bangsa sendiri; pertempuran perihal bertempur, perke­lahian (pergaduhan dll) yg sengit, peperangan, perjuangan: akhirnya Raja Haji mati dlm ~ ketika menyerang Melaka; ~ sengit perkela­hi­an yg hebat; penempur alat dll utk bertempur; kapal ~ kapal perang yg besar yg dilengkapi dgn meriam-meriam besar; pesawat ~ Id kapal terbang yg dibuat utk bertempur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tem.pur] | تمڤور

Definisi : ; bertempur 1 berlanggar atau berhantuk antara satu dgn yg lain; berlaga: Ombak ~ dgn batu karang. 2 bergaduh antara satu dgn yg lain; berkelahi; berjuang; berperang: Kedua-dua belah pihak telah ~ dgn hebatnya. menempur melanggar atau menye­rang musuh dsb. mem­pertempurkan men­jadikan ber­tem­pur; memperlaga­kan; mem­pertentangkan. pertempuran per­­buatan atau hal bertempur; per­juangan; peperangan: Maka ter­jadilah ~ sengit antara kedua-dua belah pihak. penempur alat dsb yg digunakan utk menempur: kapal ~ kapal perang yg besar yg dilengkapi meriam besar yg digunakan dlm pertempuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tempur
Kata Terbitan : bertempur, menempur, mempertempurkan, pertempuran, penempur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
battleshipkapal tempurSukanTiadaKapal berperisai berat yang membawa kelengkapan meriam yang berkaliber tinggi dan pantas serta dilengkapi dengan peralatan menembak anti pesawat udara.
battleshipkapal tempurSains PolitikTiadaKapal berperisai berat yang membawa kelengkapan meriam yang berkaliber tinggi dan pantas serta dilengkapi dengan peralatan menembak anti pesawat udara.
combat equipmentkelengkapan tempurAeroangkasaTiadaPeralatan yang dibawa oleh pesawat pejuang untuk pertahanan dan pertempuran di udara.,Peralatan yang dibawa oleh pesawat pejuang untuk pertahanan dan pertempuran di udara.
boxingtinjuSukanTiada2. Tinju: Sukan tempur yang menggunakan permukaan buku lima yang disarungkan dengan sarung tinju. Petinju menumbuk ke arah satu sama lain dengan mematuhi peraturan tertentu.

Kembali ke atas