Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[téng.gang] | تيڠݢڠ

Definisi : (ténggang) 1. tempoh atau waktu (yg diberikan utk berfikir, berikhtiar, ber­usaha, dll), batas waktu; 2. daya upaya (utk melepaskan diri dr bahaya dll), ikhtiar, usaha; 3. ark sama bahagiannya; ~ daya tempoh atau waktu yg diberikan utk berikhtiar (berusaha dll); ~ hati, ~ rasa menjaga hati (perasaan) orang lain supaya tidak tersinggung; ~ tangguh waktu yg diberi­kan utk bertangguh, tempoh; ~ waktu Id batas waktu (dlm perjanjian dll); habis ~ dan (dgn) kelakar prb Mn habis akal dan budi bicara; bertenggang 1. berdaya upaya (utk men­dapat­kan pinjaman wang, pertolongan, dll), berikhtiar, berusaha: dia menjadi bodoh dan tidak dapat ~ sendiri; 2. bertolak ansur (dgn kawan), ingat-mengingati, bermuafakat, berunding: dia dapat ~ dgn kawan-kawan­nya; 3. beringat-ingat (dlm hal membelanja­kan wang), berhemat, berjimat; bertenggang-tenggangan = tenggang-menenggang saling mengingati (perasaan, kepentingan, dll orang), hormat-menghor­mati, bertolong-tolongan, bantu-membantu: masing-masing ingin lekas-lekas dan dahulu-mendahului saja dgn tidak ada tenggang-menenggang lagi;menenggang, menenggangkan 1. mem-pedulikan (perasaan, kepentingan, dll orang lain), mengendahkan: si isteri sudah pandai membawakan perangai dan kelakuan suami, tahu ~ hatinya; 2. mengingat atau meman-dang (akan), menimbangkan, me­mikir­kan: pelacur juga adalah manusia yg ~ nasib dan takdirnya; mempertenggangkan 1. mengendah akan, mengambil tahu akan, mempedulikan, mem-pertimbangkan: segala-galanya harus diper-tenggangkan sebelum dibuat keputus­an; 2. mencermatkan perbelanjaan dll, menyesuai-kan pendapatan dgn pengeluaran, meng-hematkan, menjimatkan: kalau pen­dapatan itu kecil perbelanjaan hendaklah diper-tenggangkan; 3. menjaga perasaan (hati orang) supaya jangan tersinggung: anak dipangku, kemanakan dibimbing, orang kampung dipertenggangkan; tertenggang diikhtiarkan atau diusahakan, ditimbangkan atau difikirkan baik-baik; tidak ~ lagi habis ikhtiar dan budi bicara (tidak dapat berbuat apa-apa lagi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tenggang (kata nama)
1. Bersinonim dengan tempoh: masa, waktu, jangka masa, jangka waktu, batas waktu,

2. Bersinonim dengan daya upaya: ikhtiar, usaha, akal ikhtiar, reka,

Kata Terbitan : bertenggang, bertenggang-tenggangan, tenggang-menenggang, menenggang, menenggangkan, mempertenggangkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
grace periodtempoh tenggang/tempoh tangguhPentadbiran PerniagaanTiadaTempoh yang ditetapkan dalam polisi insurans, biasanya 30 atau 31 hari selepas tempoh premium patut dibayar. Dalam tempoh tenggang ini perlindungan insurans tetap berkuat kuasa walaupun premium belum berbayar dan tiada penalti dikenakan.
grace periodtempoh tenggang/tempoh tangguhEkonomiTiadaTiada
grace periodtempoh tenggang/tempoh tangguhEkonomiTiadaTiada
automatic premium loanpinjaman premium automatikPentadbiran PerniagaanTiadaWang yang dipinjam daripada nilai tunai polisi insurans hayat untuk membayar premium yang masih belum dibayar apabila tempoh tenggang untuk pembayaran premium tersebut telah tamat.
archetypetipa indukKesusasteraanTiadaPerihal model, kerangka, atau corak asal sesuatu prototaip dalam dunia kesusasteraan. Tipa induk sering merentasi bidang kesusasteraan, bersifat sejagat dan dipercyai hasil koleksi bawah sedar manusia yang diwarisi turun-temurun. Contohnya, corak atau model sesuatu aksi (motif pencarian), atau sesuatu peristiwa (motif banjir), perwatakan (motif anak derhaka seperti Si Tenggang), tema (motif pembersihan jiwa), atau imej (motif anak syurga bagaikan taman indah), timbul berulang kali dalam kehidupan manusia dan kesusasteraan sehingga dianggap sebagai satu elemen yang sejagat dan abadi. Seorang ahli antropologi, James G. Frazer (1890-1915), membicarakan ciri persamaan antara tipa induk dengan mitos daripada pelbagai budaya yang berlainan dalam karyanya bertajuk The Golden Bough. Ahli Psikologi, Carl Yung dalam karyanya berjudul On the Relation of Analytical Psychology to Poetic Art (1922) berpendapat bahawa ketidaksedaran setiap individu merupakan suatu koleksi bawah sedar yang dipenuhi dengan imej azali yang di
extended term insuranceinsurans sementara lanjutanPentadbiran PerniagaanTiadaPeruntukan dalam kebanyakan polisi insurans hayat yang menyediakan opsyen untuk meneruskan perlindungan insurans yang sedia ada sebagai insurans sementara untuk selama tempoh yang boleh dibeli dengan nilai serahan polisi asal. Peruntukan ini ialah salah satu opsyen tidak lucut hak yang tersedia untuk insured jika premium tidak dibayar dalam masa tempoh tenggang.
myth criticismkritikan mitosKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang menganggap sesebuah karya sebagai pernyataan atau rangkuman pola-pola dan struktur mitos yang sering berulang dalam sesuatu masyarakat. Kaedah ini akan mengkaji, meninterprestasi dan mengkategorikan sesebuah karya mengikut struktur dan unsur simbolik yang berkaitan dengan mitos tersebut. Kritikan ini juga menghubungkaitkan sastera dunia melalui penerapan mitos sejagat sepeti motif pencarian dan motif asal usul. Contohnya, sastera Barat dan Nusantara boleh dihubungkan dengan kajian motif pencarian yang terdapat dalam Hikayat Indera Putera dan Ullysses oleh Homer, sementara motif asal usul boleh dikaji dalam cerita panji dan mitos Yunani. Dalam konteks sastera moden, motif pencarian boleh dianalisis daripada karya Perjalanan Si Tenggang oleh Muhammad Haji Salleh dan Ulysses oleh James Joyce. Pengkritik utama kaedah kritikan ini termasuklah Joseph Campell dalam bukunya berjudul The Heor with a Thousand Faces dan Northrop Frye dalam bukunya berjudul Anatomy of Criticism. Lihat juga kr

Kembali ke atas