Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[teng.gi.ri] | تڠݢيري

Definisi : sj ikan laut, Scomberomorus spp.; jenis-jenisnya: ~ batang sj ikan tenggiri, Scomberomorus commersonii; ~ bunga = ~ papan sj ikan tenggiri, Scomberomorus guttatus; ~ kikus = ~ musang sj ikan tenggiri, Scomberomorus lineolatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[teng.gi.ri] | تڠݢيري

Definisi : nama sj ikan laut, Scom­beromorus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tenggiri

Puisi
 

Ikan tenggiri ikan todak,
     Tiga dengan ikan kerapu;
Toleh kiri kanan pun tidak,
     Sampailah saya dagang piatu.


Lihat selanjutnya...(33)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tiger sharkyu tenggiriPerikananTiadaIkan yu daripada famili Carcharhinidae, spesies Galeocerdo cuvier, iaitu jenis ikan demersal yang berenang secara tidak berkumpulan. Bahagian atas badan yu tenggiri berwarna biru kehijauan dan bahagian bawah perutnya berwarna putih kekuningan. Kepala ikan ini berbentuk sedikit leper dan mempunyai lima liang insang serta dua sirip dorsal. Yu tenggiri merupakan ikan yu keempat terbesar dalam kelompok ikan yu dan boleh mencapai antara 385 kg hingga 635 kg dan panjang antara 3 m hingga 6 m. Yu tenggiri sangat ganas, berbahaya dan digelar yu pemakan manusia. Ikan ini biasanya terdapat di perairan tropika dan subtropika, kadangkala terdapat juga di perairan tempatan yang dalam, iaitu sehingga 900 meter. Ikan ini boleh ditangkap dengan menggunakan rawai.
narrowbarred spanish mackereltenggiri batangPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Scomberomorus commerson yang hidup berkumpulan di kawasan laut dalam. Tenggiri batang merupakan ikan pemangsa, mempunyai badan berbelang biru kehitaman, gemar memakan ikan dan sotong, dan amat tertarik pada umpan yang ditarik. Tenggiri batang menjadi tumpuan pemancing kerana sifatnya yang kuat melawan selepas memakan umpan.
spanish mackereltenggiriPerikananTiadaSejenis ikan laut jenis pelagik yang bersaiz besar daripada famili Scombridae, genus Scomberomorus. Tenggiri digemari pemancing kerana sifatnya yang kuat melawan. Ikan ini biasanya dipancing menggunakan teknik mengail atau mengolak.
Indo-pacific king mackereltenggiri papanPerikananTiadaSejenis ikan pelagik besar daripada famili Scombridae, spesies Scomberomorus guttatus. Tengiri papan merupakan ikan pemangsa, berenang dalam kumpulan kecil, mempunyai badan berbintik dan sirip belakang yang berwarna hitam. Ikan ini gemar memakan ikan tamban dan sotong. Ikan tenggiri ini boleh ditangkap menggunakan pancing, pukat hanyut atau mengolak.
dogtooth tunaaya tenggiriPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Scombridae, spesies Gymnosarda unicolor, iaitu sejenis ikan berbentuk bulat, memanjang dan menirus di bahagian belakang badannya. Bahagian belakang badannya berwarna biru kehijau-hijauan dan di bahagian sisinya berwarna keperak-perakan. Saiz badannya boleh membesar sehingga 2.50 meter. Ikan jenis ini hidup secara berkumpulan di laut lepas serta bermigrasi dalam jarak yang jauh mengikut musim. Aya tenggiri dikategorikan sebagai ikan rekreasi dan boleh ditangkap dengan cara mengerek (mengolak) atau merawai.
oviparous fishikan oviparusPerikananTiadaIkan yang melalui proses pembiakannya secara penetasan telur di luar badan induk. Kebanyakan ikan mempunyai tabiat pembiakan seperti ini. Contohnya, ikan kembung, tenggiri dan kerisi.
trollingmengolakPerikananTiadaKaedah menarik perhatian ikan pemangsa kepada umpan di dalam air. Dalam kaedah ini, tali pancing ditunda di bahagian belakang bot secara perlahan-lahan untuk menarik perhatian ikan, seperti tenggiri dan tongkol.
pole and linejoran dan pancingPerikananTiadaAlat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada joran, tali pancing dan mata kail. Contohnya, joran dan pancing digunakan untuk menangkap ikan pelagik yang hidup berkumpulan, seperti ikan tuna dan tenggiri.
artery forcepspencabut kailPerikananTiadaAlat berbentuk kacip panjang yang digunakan untuk mengeluarkan kail dari mulut ikan. Penggunaan alat ini juga dapat mengelakkan jari pemancing daripada terkena gigitan ikan, terutamanya ikan bergigi panjang dan tajam seperti ikan kerapu, tenggiri dan ikan cermin. Sinonim kacip arteri.
game fish/fun fishikan rekreasiPerikananTiadaIkan air tawar atau air masin yang disenaraikan sebagai ikan yang berpotensi untuk aktiviti sukan. Kebanyakan ikan ini terdiri daripada jenis ikan pemangsa yang bersifat suka merentap dan melawan. Tindak balas yang terhasil daripada ikan rekreasi merupakan aktiviti yang menyeronokkan bagi pemancing. Contohnya, ikan toman, mersuji dan tenggiri.

Kembali ke atas