seaside town | bandar tepi laut | Geografi | Tiada | Tiada |
emerged coast line | tepi laut timbul | Geologi | Tiada | Tiada |
rocky shore | pantai berbatu | Perikanan | Tiada | Kawasan tepi laut yang mempunyai struktur berbatu yang terdedah kepada ombak yang kuat. Kawasan ini terdiri daripada longgokan batu atau dataran batuan yang mempunyai bentuk muka bumi berkecerunan tinggi yang persekitarannya berubah dengan ketara setiap kali berlakunya air pasang atau air surut. |
sandy shore | pantai berpasir | Perikanan | Tiada | Kawasan tepi laut yang terdedah kepada arus yang kuat. Pasir di kawasan yang berarus lebih kasar berbanding kawasan terlindung. Pantai di sekitar gigi air sentiasa berubah akibat hakisan ombak dan arus pasang surut. Pantai berpasir boleh dibahagikan kepada zon tinggi bagi pantai yang kering dan mempunyai tumbuh-tumbuhan, dan zon rendah bagi pantai yang basah dan dilitupi air pasang surut. |
longitudinal coast | pinggir laut longitud; tepi laut longitud; pinggir laut membujur | Geografi | Tiada | Pinggir laut yang terletak selari dengan sifat topografi dan struktur geologi kawasan. |
water front landscape | landskap persisiran | Landskap | Tiada | Landskap yang dibina di tepi laut, tasik, sungai dan sebagainya untuk tujuan rekreasi dan pelancongan. Contohnya, landskap Persisiran Sungai Sarawak di Kuching, Sarawak. |
interface, toe of | kaki bidang temu | Hidrologi | Tiada | Garis persilangan antara permukaan bawah akuifer tepi laut dan bidang temu air tawar-air masin yang terdapat di dalamnya. |
waterfront promenade | sisiran tepian air | Pelancongan | Tiada | Kawasan, biasanya bagi pelancong, untuk beriadah atau menikmati pemandangan, khususnya di tepi laut, tasik atau kawasan perkelahan. |
beach | pesisir | Biologi | Ekologi | Kawasan di tepi laut, yang dipukul ombak atau pasang surut air laut, terutama bahagian-bahagian yang ditutupi pasir atau batu kerikil. |
Wedelia biflora | serunai laut | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan renek yang bercabang dalam famili Asteraceae. Tumbuhan ini tumbuh liar di kawasan paya bakau, muara sungai dan kawasan berpasir tepi laut. Daunnya jenis ringkas berbentuk bujur telur dan tepinya bergerigi kecil. Bunganya kecil berwarna kuning, banyak dan tersusun padat pada jambak yang berbentuk tongkol. Bijinya mempunyai gabus, menyebabkannya boleh terapung di dalam air. Daun yang ditumbuk lumat dibuat pupuk untuk merawat kulit yang terkena selaran matahari, bisul, bengkak, luka, sakit gigi dan gusi, melawaskan kencing, penyakit kelamin dan sembelit serta digunakan sebagai herba untuk ibu selepas bersalin. |