eschatology | eskatologi | Kesusasteraan | Tiada | Cabang ilmu pengetahuan yang berhubung kait dengan keagamaan khususnya tentang hari kiamat, kehidupan selepas mati atau hari pembalasan. Pengetahuan tentang kiamat dan kehidupan alam akhirat merupakan salah satu aspek penting dalam ajaran kebanyakan agama di dunia dengan doktrin yang tertentu. Keterangan tentang alam akhirat telah menarik minat pengarang kitab kesusasteraan untuk digarap ke dalam bentuk yang lebih kreatif. Tradisi ke - susasteraan Arab-Islam menyaksikan kemunculan banyak kitab sastera yang membicarakan unsur eskatologi. Antara yang terkenal ialah Kitab Haqa�iq wa al-Daqa�iq karangan Abu Layth Samarqandi. Sastera eskatologi berperanan besar dalam mengingatkan manusia tentang alam pembalasan di akhirat. Justeru, karya sebegini mendorong manusia melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan. Dalam kesusasteraan Melayu, kisah tentang alam akhirat (dalam kubur, syurga, neraka) banyak ditemui dalam karya saduran daripada kesusasteraan Islam seperti Hikayat Nabi Muhammad Mikraj. Dalam hikayat ter |
hyangak | hyangak | Muzik | Tiada | Muzik istana subkategori chongak yang berbeza dengan t'angak, Hyangak ialah muzik istana yang menggabungkan muzik Korea dengan muzik China. Contoh hyangak yang terkenal ialah Sujech 'on, iaitu sebuah muzik instrumental yang dicipta pada awal abad ke-9. Hyangak dalam bahasa Korea bermaksud muzik Korea asli. |
Psalm | psalm | Muzik | Tiada | 1. Puisi daripada Kitab Zabur atau psalm yang wujud pada abad ke-2 Sebelum Masihi. Psalmos dalam bahasa Yunani bermaksud memetik atau memukul tali pada alat tali. 2. Gubahan muzik yang berdasarkan teks psalm. Karya jenis ini dinyanyikan dalam upacara liturgi gereja Katolik, Kristian dan agama Yahudi kuno. Nyanyian psalm secara canta merupakan sebahagian daripada tradisi persembahan missa dan qfficium sejak Zaman Paus Gregory I (sekitar 600 Masihi). Pada abad ke-16, nyanyian psalm secara bermeter oleh jemaah |