Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ra.mat]/[ter.a.mat] | ترامت

Definisi : tersangat, terlampau sangat: yg ~ mulia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ra.mat]/[ter.a.mat] | ترامت

Definisi : terlalu sangat: ~ besar; ~ mulia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teramat

Peribahasa

Lurah tidak terturuni,
     bukit tidak terdaki.

Bermaksud :

Teramat tua dan daif.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
diffuse nebulaenebula resapMatematikTiadaNebula, sama ada yang mengandungi debu dan gas atau gas sahaja, daripada yang berupa jisim yang teramat besar dan cerah hingga yang teramat kecil dan pudar serta hanya dapat dikesan dengan pendedahan yang lama dan menggunakan turas khas.
اكذب الناسteramat pembohongAgama IslamHadithLafaz tajrih yang paling rendah darjatnya.
extremely high tensiontegangan teramat tinggiSosiologiTiadaBekalan voltan tinggi yang dibekalkan kepada tiub sinar katod.
supernovasupernovaMatematikTiadaNova yang teramat cerah dengan magnitud mutlaknya boleh mencapai -17 apabila maksimum. Nova ini dikelaskan kepada dua kumpulan: jenis I yang maksimum magnitud mutlak minnya sebanyak -14.3 dan jenis II yang purata magnitud mutlak minya sebanyak -12.2 apabila maksimum.
megalgiamegalgiaPerubatanTiadaKesakitan yang teramat sangat seperti reumatisme otot.
angina pectorispektoris anginaJururawatKejururawatan Klinikal

 Kesakitan dada yang teramat sangat disebabkan kekurangan bekalan darah ke miokardium. Kesakitan ini boleh menjalar dari bahu kiri ke lengan, Sinonim angina pain.

anorexia-cachexia syndromesindrom anoreksia-kakeksiaJururawatKejururawatan Klinikal

 Keadaan teramat kurus akibat kemerosotan lemak dan tisu otot yang ketara disebabkan anoreksia.

sodium carbonate poisoningkeracunan natrium karbonatKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan atau penyentuhan kulit dengan natrium karbonat (formula kimia, Na2CO3). Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan sakit yang teramat, muntah, cirit-birit, dan pengsan. Muntah mengandungi darah, dan lapisan mukosa terdeskuamat. Jika pesakit tidak mati dalam masa 24 jam pertama, keadaannya mungkin bertambah baik selama 2- 4 hari tetapi kemudian mengalami sakit abdomen yang teramat yang bermula secara tiba-tiba, tegang abdomen, dan tekanan darah menurun dengan cepat yang menandakan tembusan gaster atau esofagus yang tertangguh. Dos maut yang dianggarkan untuk orang dewasa ialah 30 g. Kesan korosif ialah pemusnahan superfisial pada kulit atau membran mukus. Keracunan kronik akibat penyentuhan kulit mungkin menyebabkan dermatitis kronik.
aspidium poisoningkeracunan aspidiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada aspidium yang diperoleh daripada paku pakis jantan, mengandungi asid filisik dan aspidinol, serta berkesan dalam perawatan cacing terutamanya taeniae. Aspidium mengakibatkan kerengsaan yang teramat pada saluran gastrousus. Gejalanya termasuklah muntah, cirit-birit, gangguan penglihatan, konvulsi, dan mati disebabkan kegagalan pernafasan.
sulphur dioxide poisoningkeracunan sulfur dioksidaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada sulfur dioksida (formula kimia, SO2), iaitu gas tanpa warna dan mempunyai bau yang menyesakkan. Gejala keracunan ialah kerengsaan mata, hidung dan saluran pernafasan yang teramat. Had pendedahan dalam industri ialah 2 ppm.
123

Kembali ke atas