rotation of a line | putaran garis | Mekanik | Gunaan | Gerakan sudut bagi sesuatu garis nisbi terhadap sebarang arah rujukan yang tetap. Gerakan sudut garis hanya bergantung pada sesaran sudutnya dan pada terbitan-terbitan masa sesaran itu. Gerakan yang berkenaan tidak memerlukan wujudnya suatu paksi tetap, normal ke satah gerakan, yang di sekitarnya garis itu berputar. Terbitan pertama terhadap masa bagi koordinat kedudukan sudut q ialah halaju sudut w bagi garis itu, dan terbitan keduanya ialah pecutan sudut a. Bagi gerakan satah, persamaan pembeza yang mencirikan gerakan itu sepenuhnya ialah w = dq/dt, a = dw/dt dan w dw = a dq. Hubungan yang pertama dan kedua merupakan takrif bagi parameter-parameter kinematik yang berkenaan, manakala hubungan ketiga diperoleh dengan melenyapkan sebutan dt daripada dua persamaan pertama itu. hubungan tersebut serupa dengan hubungan untuk gerakan melurus zarah; malahan semua hubungan untuk gerakan melurus zarah boleh digunakan untuk putaran garis di satah asalkan kuantiti linear s, v dan a digantikan dengan kuantiti sudut yang |
kinematics | kinematik | Mekanik | Gunaan | Cabang ilmu dinamik yang menghasilkan geometri gerakan tanpa merujuk sistem daya yang terlibat dengan gerakan itu. Pada umunya, kinematik jasad dicirikan oleh sesaran jasad itu serta terbitan-terbitan masa bagi sesaran, iaitu halaju dan pecutan. Kinematik memerihalkan hubungan di antara jarak, halaju, pecutan dan masa. Lihat juga kuantiti kinematik. |
derivational affix | penambah terbitan/imbuhan terbitan | Linguistik | Tiada | Imbuhan yang digunakan untuk menerbitkan kata. Contohnya, ber- berjalan dan -kan dalam larikan. |
derivative | terbitan | Matematik | Tiada | Kadar perubahan suatu fungsi terhadap pemboleh ubah berkenaan. Katalah f suatu fungsi dan c suatu nombor tertentu. Jika nisbah mendekati nombor L apabila h mendekati 0, maka fungsi f dikatakan mempunyai terbitan pada c dan L ialah nilai terbitan f pada c. Terbitan f pada c ditulis sebagai f’(c). Secara matematik, f’(c) juga ditulis sebagai . Sekiranya fungsi f yang ditulis sebagai f(x) mempunyai terbitan pada sebarang nilai x, f’(x) merupakan suatu fungsi dengan pemboleh ubah x juga. |
issue | terbitan/isu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Terbitan sesuatu sekuriti untuk dijual kepada awam dan berkemungkinan terbitan baru atau tawaran sekunder bagi isu yang telah diterbitkan dan ditawarkan oleh pemegang yang besar. |
aryl | aril | Kimia | Tiada | Radikal organik bervalensi satu terbitan daripada arena. Misalnya fenil, C6H5ֿ terbitan daripada benzena dan nitrofenil, O2NC6H5ֿ terbitan daripada nitrobenzena. |
analytic function | fungsi analisis | Matematik | Tiada | Fungsi kompleks yang ada terbitannya memenuhi takrif terbitan yang sama seperti terbitan fungsi nyata atau fungsi kompleks. |
derivatized starch | kanji terbitan | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Hasil terbitan kimia kanji seperti eter dan ester yang kurang berpotensi untuk membentuk gel dalam air panas dan juga bersifat lebih stabil terhadap asid dan alkali. Kanji terbitan berguna bagi makanan berasid dan makanan yang mengalami pengolahan haba seperti dalam proses pengetinan. |
order of a derivative | peringkat terbitan | Matematik | Tiada | Bilangan kali pembezaan dikenakan apabila sesuatu fungsi dianggap sebagai hasil pembezaan berturut-turut suatu fungsi tertentu. Contoh, bagi sesuatu fungsi f yang dapat dibezakan n kali, hasilnya ialah terbitan berperingkat n. Apabila n = 1, terbitan berkenaan diwakili dengan f’; apabila n = 2, f”; apabila n = 3, f”’; Bagi n yang lebih besar, biasanya terbitan berkenaan diwakili dengan f(n). Lihat juga terbitan peringkat ke-n. |
festschrift | terbitan dedikasi | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh |