aggression | pencerobohan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan sesebuah negara melanggar negara lain dengan menggunakan kekerasan sehingga menyebabkan tercetusnya konflik bersenjata. Pencerobohan adalah bertentangan dengan undang-undang antarabangsa yang melarang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. |
latency time | masa pendam | Sains Sukan | Biomekanik | Masa yang diperlukan untuk pemprosesan saraf, bermula daripada penerimaan rangsangan hingga tercetusnya pergerakan. |
Brest-Litwosk Peace Agreement) | Persetujuan Damai Brest-Litwosk | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan damai yang ditandatangani pada tahun 1918 di antara Rusia dengan negara Eropah Tengah, iaitu Austria- Hungary, Bulgaria dan Turki. Perjanjian ini dibuat ekoran tercetusnya revolusi di Rusia pada tahun 1917 yang memaksa Tzar Nicholas II turun takhta. Pihak komunis pimpinan Lenin dan Trotsky yang mengambil alih ingin memulihkan keamanan dan membuat persetujuan damai tersebut dengan negara Eropah Tengah. Dalam perjanjian ini, pihak Rusia memberikan konsesi wilayah dan kewangan kepada negara yang menyertai persetujuan damai ini. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah dimansuhkan apabila satu lagi perjanjian dimeterai, iaitu Perjanjian Versailles. |