Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ci.cir] | ترچيچير

Definisi : 1. tertumpah berciciran; 2. jatuh (hilang) di tengah jalan (wang dll yg dibawa); 3. tertinggal (di belakang) drpd kumpulan atau drpd teman-temannya; 4. ki ketinggalan (dlm proses kemajuan dsb), ditinggalkan oleh orang (negara dll) yg terus mencapai kemajuan atau kejayaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ci.cir] | ترچيچير

Definisi : 1 tertumpah bertaburan atau tertumpah sedikit-sedikit. 2 jatuh atau hilang di tengah jalan. 3 tertinggal di belakang (dlm pelajaran, perlumba­an dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercicir

Puisi
 

Anak ndong anak ketitir,
     Anak merbah terloncat-loncat;
Untung dikendong habis tercicir,
     Untung dikejar haram tak dapat.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dropout characteraksara tercicirKomputerTiadaTiada
school drop outpelajar tercicirPendidikanTiadaIndividu yang tidak menamatkan persekolahan sebelum tamat tempoh program persekolahan.
lacunaloponganKesusasteraanTiadaJarak atau ruang kosong. Dalam kajian filologi, lopongan merujuk kepada bahagian yang tercicir dalam sesebuah manuskrip, iaitu lopongan pada baris huruf dan tulisan. Bentuk jamaknya, lacunae yang merujuk kepada kehilangan baris huruf dalam sesebuah manuskrip akibat carikan atau pemudaran. Contohnya, dalam novel berjudul Tristram Shandy yang ditulis oleh Laurence Stern. Pengarangnya sengaja meninggalkan lopongan agar pembaca dapat mengisinya dengan deskripsi sendiri tentang watak Widow Wadman.
grapnelsauh bijiPerikananTiadaAlat yang mempunyai satu atau lebih cangkuk atau pencekak yang boleh digunakan sebagai sauh, dan digunakan untuk bot kecil sahaja. Alat ini juga digunakan untuk mencari atau menarik pukat yang tercicir di dalam air.

Kembali ke atas