Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1 terbuka (bkn pintu, tingkap dsb): Jangan biarkan pintu depan itu ~, nanti dimasuki pencuri. 2 tidak tertutup (bkn makanan, badan dll): Mengapa hidangan ini ~ saja? 3 dpt dipengaruhi oleh: Apabila hubungan diperluas, sesuatu masyarakat itu ~ kpd perkembangan peradaban dlm masyarakat lain. 4 tidak dilindungi: Tugas yg sulit itu ~ kpd bahaya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdedah

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
exposed patientpesakit terdedahKesihatan AwamTiadaIndividu yang mudah terdedah dengan sebarang jangkitan daripada individu lain seperti petugas jagaan kesihatan, pesakit atau pelawat.
relative riskrisiko relatifKejururawatanTiadaPengukuran epidemiologi berkaitan dengan kemungkinan ahli kumpulan terdedah kepada sesuatu penyakit berbanding dengan kumpulan yang tidak terdedah.
radiation pressuretekanan sinaranFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanTekanan pada suatu permukaan yang terdedah kepada sinaran elektromagnet dan nilai tekanan adalah berkadar dengan ketumpatan tenaga sinaran di ruang permukaan yang terdedah itu.
extent of dispersiontakat sebaranKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah jumlah permukaan atom mangkin yang terdedah dan bersedia untuk bertindak balas terhadap jumlah permukaan atom yang ada. Takat sebaran ialah satu jika kesemua atom yang ada terdedah dan bersedia untuk bertindak balas.
dentine bridgejambatan dentinPergigianTiadaLapisan dentin yang terbentuk di atas bumbung pulpa yang telah terdedah sebelumnya. Jambatan dentin ini terhasil berikutan dorongan peletakan simen kalsium hidroksida semasa peringkat penyediaan kaviti yang lalu. Ia juga bertindak sebagai pelindung tisu pulpa yang terdedah.
pseudoangiocarppseudoangiokarpaBiologiMikologiPerkembangan jasad buah yang pada peringkat awalnya bersifat gimnokarpa, atau yang himeniumnya terdedah pada peringkat awal perkembangan, tetapi kemudiannya dilindugi kelubung palsu yang berasal daripada tisu sekunder atau daripada bahagian tepi pileus yang melengkung ke dalam. Himenium ini terdedah semula pada peringkat akhir perkembangan apabila spora matang.
thermoluminescence datingpentarikhan termoluminesensArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah pentarikhan kronometrik yang digunakan untuk mengkaji jumlah radiasi sampel yang terdedah kepada kadar jumlah cahaya bagi suatu jangka masa tertentu apabila sampel dipanaskan. Kaedah ini sesuai untuk pentarikhan tembikar dan sedimen tanah yang terdedah kepada radiasi suria. Kaedah ini boleh dibuat dengan kaedah konvensional dan optik.
exposedterdedahPerubatanTiadaTiada
unshieldedterdedahSosiologiTiadaKeadaan sesuatu alat atau litar yang tidak berperisai atau berpelindung yang mengakibatkan gangguan.
barebackbelakang terdedahKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas