translation | terjemahan | Kesusasteraan | Tiada | Proses pemindahan daripada bahasa yang digunakan dalam teks (bahasa sumber) ke dalam bahasa lain (bahasa sasaran). Terjemahan dihasilkan dengan menggunakan pelbagai kaedah berdasarkan tiga prinsip umum yang berlainan seperti yang berikut: (a) Terjemahan perlu merujuk teks asal dari segi bentuk, prosodi, dan leksikon. (b) Nilai sastera tidak sepenting isinya, dan nilai ini tidak dapat diterjemahkan sepenuhnya, (c) Kesan kesusasteraan teks dalam karya terjemahan dianggap penting. Oleh itu, bentuk, prosodi dan leksikon boleh diubahsuai mengikut budaya dan kesesuaian bahasa sasaran. Melalui ketiga-tiga prinsip tersebut, terjemahan boleh dihasilkan secara literal, longgar, atau diadaptasikan. Terjemahan literal melibatkan pemindahan bahasa pada tahap perkataan tanpa menghiraukan perbezaan sistem ungkapan dan imejan antara sumber dengan bahasa sasaran. Terjemahan longgar pula mengekalkan nada, semangat dan kesan penulisan sesebuah teks, kadang-kadang sehingga terpaksa mengorbankan atau mengkrompromikan �kesetiaan |
hybrid arrest translation | terjemahan tangkapan hibrid (HART) | Biologi | Genetik | Kaedah biologi molekul yang menggunakan klon DNA untuk menyepuh lindap dengan RNA pengutus sebelum terjemahan in vitro didlakukan. Dengan cara ini hasil daripada RNA pengutus yang dikehendaki tidak kelihatan dalam hasil terjemahan in vitro. |
hybrid arrested translation | terjemahan hentian hibrid | Bioteknologi | Tiada | Kaedah yang membolehkan DNA terklon dikaitkan dengan protein yang dikod. Kaedah ini dilakukan berdasarkan anggapan bahawa mRNA tidak mengaruh sintesis protein dalam sistem terjemahan bebas sel apabila dihibrid dengan DNA komplemennya. Dengan itu, sintesis protein dalam sistem bebas sel termasuk mRNA terhibrid dapat dibandingkan dengan sistem tanpa penghibridan DNA. bd. terjemahan pembebasan hibrid. |
in vitro translation | terjemahan in vitro | Biologi | Genetik | Kaedah biologi molekul yang menggunakan RNA sebagai templat terjemahan dengan menggunakan ekstrak bebas sel. |
coupled transcription-translation | transkripsi-terjemahan berganding | Biologi | Genetik | Proses yang berlaku pada organisma prokariot apabila transkripsi dan terjemahan berlaku serentak tanpa menunggu transkripsi selesai. |
polysome | polisom | Biologi | Genetik | Struktur yang mengandungi dua ribosom atau lebih yang bergabung dengan mRNA yang sama dan sedang menjalani proses terjemahan, atau struktur gabungan antara satu molekul mRNA dengan dua ribosom atau lebih semasa terjemahan. poliribosom. |
hybrid released translation | terjemahan pembebasan hibrid | Bioteknologi | Tiada | Kaedah yang membolehkan DNA terklon dikaitkan dengan protein yang dikod. DNA terklon diikat pada penuras selulosa nitrat dan dihibrid dengan penyediaan mRNA. Penuras dibasuh dan mRNA terhibrid dielutkan dengan memanaskan dengan formamid. mRNA yang dipulihkan kemudiannya diterjemahkan dalam sistem bebas sel dan hasil polipeptida yang diradiolabel dianalisis dengan menggunakan elektroforesis gel. bd. terjemahan hentian hibrid. |
amber mutation | mutasi amber | Bioteknologi | Tiada | Mutasi yang dapat ditindas dan menyebabkan pembentukan kodon UAG dalam mRNA. Kodon ini menentukan penamatan terjemahan supaya sintesis polipeptida berhenti pada tapak amber. Pada strain E. coli yang mempunyai tRNA dengan antikodon AUC, mutasi ini dapat ditindas dengan cara memasukkannya pada tapak UAG dan terjemahan dapat diteruskan. |
translation | terjemahan | Biologi | Genetik | 1. Sintesis protein atau polipeptida dengan menggunakan mRNA sebagai templat dan berlaku di atas ribosom. 2. Penerbitan jujukan asid amino sesuatu polipeptida daripada satu molekul mRNA melalui penggabungan dengan ribosom. |
translation | terjemahan | Bioteknologi | Tiada | Peringkat dalam sintesis protein yang dikaitkan dengan aktiviti ribosom, iaitu yang melibatkan sintesis rantai polipeptida daripada mRNA pada ribosom dengan memadankan kodon pada mRNA dengan antikodon pada tRNA. |