undectected error | ralat tak terkesan | Komputer | Tiada | Tiada |
caries detector | pengesan karies | Pergigian | Tiada | Larutan kimia berwarna yang digunakan untuk mengesan karies. Ia disapu dengan menggunakan kapas atau berus pada permukaan gigi yang disyaki berkaries dan kemudian larutan itu dibilas dengan air. Kawasan yang berkaries akan terkesan dengan warna larutan tersebut. |
impressionism | impresionisme | Kesenian | Drama dan Teater | Aliran yang menekankan pengucapan jiwa hasil daripada kesan peresapan seseorang karyawan terhadap objek yang dilihat dan kemudian dizahirkan semula dalam karyanya. Pengamal aliran ini menonjolkan watak, adegan atau suasana melalui sesebuah karya sebagaimana yang terkesan dalam diri pengarang pada waktu tertentu dan daripada perspektif penting yang dilihatnya dengan tidak menggambarkan bentuk objek secara realistik. Aliran ini bermula dalam bidang seni lukis pada pertengahan abad ke-19 di Perancis. Lihat jugaekspresionisme. |
countervailing measure | langkah timbal balas | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Tindakan menimbal kesan subsidi yang memudaratkan pengeluar tempatan atau mendatangkan kesan buruk yang serius di negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) lain. Langkah ini merangkumi tindak balas oleh negara yang terkesan dengan subsidi tersebut dengan menggantung konsesi perdagangan yang diberikan kepada negara pensubsidi. Contohnya, duti timbal balas yang dikenakan terhadap import bersubsidi. Namun, langkah tersebut hanya boleh dikenakan terhadap subsidi larangan dan subsidi boleh diambil tindakan. Langkah tersebut juga mesti berkadaran dengan kerugian yang ditanggung oleh negara pengimport. |
emergent strategy | strategi munculan | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan yang dipilih oleh pengurusan atasan sebagai tindak balas kepada perubahan persekitaran. Strategi ini bersifat luwes dan boleh berlaku secara ketara atau berdikit-dikit. Strategi ini melibatkan satu siri tindakan yang diambil kesan daripada perubahan dalam persekitaran seperti tindakan pesaing atau perundangan baharu. Contohnya, strategi munculan oleh syarikat yang terkesan oleh pelaksanaan polisi antarabangsa Malaysia sebagai anggota Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) berikutan dengan persetujuan yang dicapai bersama oleh negara-negara anggota. |
corporate stakeholder | pihak berkepentingan korporat | Pengurusan | Perancangan | Individu, kumpulan masyarakat atau organisasi yang mempunyai kepentingan dan pengaruh terhadap aktiviti perniagaan sesebuah syarikat. Pihak berkepentingan korporat terdiri daripada pihak berkepentingan primer dan pihak berkepentingan sekunder. Pihak berkepentingan primer ialah mereka yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti syarikat seperti pelanggan, pembekal dan pekerja. Pihak berkepentingan sekunder pula ialah pihak yang secara tidak langsung terkesan daripada tindakan syarikat seperti masyarakat, kerajaan dan kesatuan pekerja. Sebarang keputusan atau tindakan yang dilakukan oleh syarikat boleh menjejaskan pihak berkepentingan korporat, atau boleh menyebabkan syarikat dikenakan tindakan oleh pihak berkepentingan tersebut. |