1-1 heat exchanger | penukar haba 1?1 | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Penukar haba jenis satu laluan yang membenarkan laluan bendalir hanya sekali di dalam bahagian kelompang dan tiub. Dengan ini, hanya terdapat satu kelompang yang menjadi bekas bagi kesemua tiub. Penukar haba ini merupakan penukar haba yang paling ringkas tetapi jarang-jarang digunakan dalam amalan industri kerana halaju bendalir terlalu rendah, kadar pemindahan haba yang tidak cekap, dan tiub yang panjang diperlukan untuk mencapai pemanasan atau penyejukan yang diperlukan. Penukar haba ini juga mengalami masalah pengembangan aliran bendalir yang mengakibatkan kejatuhan tekanan yang tinggi. |
Ca:P ratio | nisbah Ca:P | Veterinar | Tiada | Nisbah yang sesuai dalam pemberian kalsium dan fosforus pada ternakan untuk mengelakkan kekurangan atau berlebihan salah satu unsur ini yang boleh menyebabkan gangguan metabolisme. Pada umumnya ternakan memerlukan nisbah Ca:P 1:1 hingga 2:1. Walau bagaimanapun, bagi unggas penelur nisbahnya ialah 3-4:1. Jika kalsium terlalu rendah boleh menyebabkan penyakit rikets pada ternakan muda. Pada ruminan, fosforus yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit urinari kalkuli. |
fluorosis | fluorosis | Perubatan | Tiada | 1. Penyakit keracunan akibat terlalu banyak menyerap gas fluorin. 2. Penyakit apabila rangka badan menjadi lebih tumpat akibat pengambilan fluorida yang berlebihan. |
fluorosis | fluorosis | Kimia | Tiada | 1. Penyakit keracunan akibat terlalu banyak menyerap gas fluorin. 2. Penyakit apabila rangka badan menjadi lebih tumpat akibat pengambilan fluorida yang berlebihan. |
megalocephaly | megalosefali | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan kepala yang terlalu besar. 2. Keadaan tulang kepala, muka dan leher yang terus membesar secara abnormal. |
micro | mikro | Kejuruteraan | Tiada | 1. Awalan yang mewakili 10-6, atau per sejuta.,2. Awalan menunjukkan terlalu kecil.,3. Awalan yang menunjukkan terlalu sentitif. |
diffuse | resap; baur; samar; selerakan; melantur | Kesusasteraan | Tiada | 1. Melantur: Menggunakan terlalu banyak perkataan misalnya dalam penulisan. |
grid size | saiz grid | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Sains petak ekskavasi yang ditentukan oleh pengarah kerja lapangan. Ukuran saiz bergantung pada kepentingan tapak dan potensinya seperti 1 meter x 1 meter, 2 meter x 2 meter dan seterusnya. Saiz grid tidak boleh terlalu luas kerana boleh menyebabkan stratigrafi tanah runtuh, mengganggu atau mengubah kedudukan artifak. Saiz grid juga bergantung pada keadaan tanah sama ada berpasir, mampat, keras atau paya. |
sentimentalism | sentimentalisme | Kesusasteraan | Tiada | 1. Keadaan emosi berlebih-lebihan, terlalu mengikutkan hati dengan tujuan menganalisis kepuasan dirinya.,2. Penekanan yang berlebihan lagi optimistik ke atas kebaikan manusia, diperlihatkan sebahagiannya melalui reaksi yang menentang teologi Calvimistic. |
megacephaly | megasefali | Perubatan | Tiada | 1. Keadaan apabila kepala menjadi terlalu besar.,2. Keadaan apabila tulang kepala, muka dan leher terus membesar secara abnormal. |