Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.le.ta/] | ترلتق

Definisi : 1. ada (pd atau di), duduknya (di), letaknya (pd atau di), terdapat (pd atau di): aku kembali ke rumahku yg ~ di belakang kedai di hadapan masjid; ~ kpd (pd) letaknya pd, tertanggung kpd, terdapat pd; 2. (telah) diletakkan; biar jatuh ~ jangan jatuh terhentak prb lebih baik menarik diri drpd dipecat dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.le.ta/] | ترلتق

Definisi : berada (di); duduknya (di): Kaca matanya ~ di atas almari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
letak (kata nama)
Bersinonim dengan duduknya, kedudukan, tempatnya, keadaan, diamnya, posisi;,
Kata Terbitan : meletakkan, terletak,

Puisi
 

Gulai umbut pucuk paku,
     Nasi terletak di muka pintu;
Lemah lembut puteri Melayu,
     Bijak memasak menjahit baju.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sambang penuh jala terletak,
     laut kering ikan mengempas.

Bermaksud :

Usaha yang berhasil dengan baik sekali. sambang = keruntung ikan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parotidparotidPerubatanTiadaTerletak berhampiran telinga.,1. Terletak berhampiran dengan telinga. 2. Kelenjar parotid, iaitu kelenjar liur di hadapan telinga.
externuseksternusPerubatanTiada1. Sesuatu yang terletak atau berlaku di luar.,2. Struktur yang terletak jauh dari pusat atau rongga.
monolithic circuitlitar monolitKejuruteraanTiadaLitar bersepadu yang elemennya terletak pada atau dalam substratum separa pengalir setidak-tidaknya satu elemen terletak dalam substratum.
magnetic equatorkhatulistiwa magnetMatematikTiadaBulatan gedang di bumi yang setiap titiknya terletak 90 darjah dari kutub magnet dan satahnya terletak bersudut tepat dengan paksi magnet di bumi.
AndroeciumAndroesiumPertanianTiadaBahagian pembiakan jantan bunga. Ia ini terletak di bahagian dalam sari bunga. Organ ini terdiri daripada stamen yang mengandungi anter yang terletak di hujung filamen. Debunga di dalam anter mengandungi gamet jantan. Sekuntum bunga mempunyai lebih daripada satu stamen sama ada bercantum membentuk satu tiub atau terasing. Contoh stamen bentuk tiub ialah bunga raya dan stamen yang terpisah ialah bunga songsang (Gloriosa superba).
hyetal equatorkhatulistiwa hietalSainsHidrometeorologiGaris (atau zon peralihan) yang mengelilingi bumi dan terletak di antara dua jalur yang mencirikan taburan masa tahunan hujan di latitud rendah setiap hemisfera; ia dianggap sejenis khatulistiwa meteorologi. Ia terletak sedikit ke utara khatulistiwa geografi dan menganjur paling utara pada kira-kira latitud 10oU berhampiran muara Sungai Orinoco di Amerika Selatan. Khatulistiwa hietal terletak lebih kurang di tengah-tengah jalur hutan tropika yang mempunyai dua musim hujan dan umumnya satu musim kering utama yang berlaku dalam musim sejuk hemisfera yang bersepadanan.
monolithic integrated circuitlitar bersepadu monolitKejuruteraanTiadaLitar bersepadu yang elemennya terletak pada atau dalam substratum separa pengalir atau setidak-tidaknya satu elemen terletak dalam substratum.
androeciumandroesiumHerbaBotani dan BioteknologiBahagian pembiakan jantan bunga yang terletak di bahagian dalam sari bunga. Organ ini terdiri daripada stamen yang mengandungi anter yang terletak di hujung filamen. Debunga di dalam anter mengandungi gamet jantan. Sekuntum bunga mempunyai lebih daripada satu stamen sama ada bercantum membentuk satu tiub atau terasing. Contoh bunga dengan stamen bentuk tiub ialah bunga raya (Hibiscus rosa-sinensis), dan bunga dengan stamen yang terpisah ialah bunga songsang (Gloriosa superba).
overflow springmata air limpahGeologiTiada1. Mata air yang terletak di batasan singkapan suatu akuifer, yang ke hilirnya akuifer tersebut menjadi tertekan.,2. Mata air yang terletak di singkapan suatu akuiklud yang berbentuk lembangan dan ditutupi akuifer.
curvature of fieldkelengkungan medanMatematikTiadaAberasi kecil kanta atau cermin yang objeknya terletak serenjang dengan satah paksi optik yang menghasilkan imej yang tidak terletak pada satah tetapi pada permukaan yang melengkung. Dua permukaan fokus yang melengkung wujud apabila wujud astigmatisme.
12345678910...

Kembali ke atas