aviation law | undang-undang penerbangan | Aeroangkasa | Tiada | Peraturan yang termaktub untuk menentukan keselamatan penerbangan.,Lokus semua titik yang terletak pada 25% perentas sayap yang diukur dari pinggir depan.,Peraturan yang termaktub untuk menentukan keselamatan penerbangan. |
bonded area | kawasan dalam bon | Pelayaran | Tiada | Kawasan termaktub sebagai tempat di bawah pengamatan Kastam, di mana kargo perlu melalui pemeriksaan atau kelulusan kastam. |
marine perils | peril marin | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Risiko yang dilindungi di bawah polisi insurans marin. Peril yang termaktub dalam polisi marin telah ditakrifkan mengikut keputusan admiralti. |
press law | undang-undang akhbar | Komunikasi | Tiada | Peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan yang berkaitan dengan aktiviti kewartawanan dan telah termaktub dalam undang-undang. |
code of conduct | tatakelakuan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Sikap, tingkah laku, gelagat individu atau kumpulan individu yang dinyatakan dan termaktub dalam peraturan perkhidmatan awam. Semua anggota perkhidmatan awam diwajibkan mematuhi tatakelakuan sepanjang tempoh perkhidmatannya sepertimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tatakelakuan ini merangkumi beberapa aspek penting dalam kehidupan seperti memberikan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong, negara dan kerajaan, pakaian, pemunyaan harta, peminjaman wang, penglibatan dalam politik, kehadiran ke pejabat, pelaksanaan tugas, rasuah dan lain-lain lagi. Pelanggaran tatakelakuan ini menyebabkan kakitangan perkhidmatan awam boleh dikenakan tindakan dan hukuman. |
copyright deposit | penyerahan hak cipta | Perpustakaan | Tiada | Penyerahan naskhah percuma buku atau komposisi muzik kepada perpustakaan tertentu menurut undang-undang yang telah termaktub. |
exclusive fishing zone | zon penangkapan eksklusif | Perikanan | Tiada | Kawasan tertentu di laut yang dibenarkan untuk aktiviti memancing dan menangkap ikan. Kawasan ini termaktub dalam peraturan atau undang-undang negara yang berkaitan. Contohnya, kawasan untuk penangkapan ikan oleh nelayan tradisional ialah 5 batu nautika dari pantai. |
Board of Directors (B.O.D) | Lembaga Pengarah (L.P) | Pentadbiran | Tiada | Beberapa orang ahli dalam sesebuah Syarikat Berhad ataupun mana-mana badan yang dilantik untuk menguruskan hal ehwal syarikat mengikut syarat yang termaktub dalam memorandum dan tataurus pertubuhan. |
belligerent | pihak berperang | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Individu, kumpulan, negara atau entiti lain yang bermusuhan dan terlibat dalam pertempuran. Terdapat negara yang sering terlibat dalam peperangan dengan menggunakan hujah bahawa mereka berhak mempertahankan diri seperti mana yang termaktub dalam Perkara 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Undang-undang antarabangsa memperuntukkan hak dan tanggungjawab tertentu kepada dua atau lebih entiti, amnya negara berdaulat yang terlibat dalam peperangan. |
decision criteria | kriteria keputusan | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pengelasan atau elemen-elemen ketetapan yang diambil oleh organisasi atau pihak pentadbir atasan terhadap sesuatu tindakan. Keputusan segera, keputusan sebulat suara, keputusan sulit dan keputusan atasan merupakan beberapa model di dalam kriteria keputusan yang bergantung kepada hierarki pengurusan. Antara perkara yang termaktub dalam kriteria keputusan ialah perincian matlamat, penilaian risiko, implikasi kewangan, kerasionalan dan jangkauan dapatan. |