inciqad | akad termeterai | Perniagaan Islam | Tiada | Perihal mewujudkan akad atau tawaran dan penerimaan antara pihak berkontrak. Inciqad menyebabkan wujud pertukaran harta dan harga. Tindakan tawaran dan penerimaan biasanya berlaku dalam akad jual beli, sewa dan gadaian. Contohnya, “Saya jual kereta saya dengan harga RM50,000 tunai”, dan dijawab “Saya terima”. |
iqalah | pembatalan | Perniagaan Islam | Tiada | Pembatalan semua bentuk akad yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak, kecuali akad perkahwinan. Contohnya, pembatalan akad jual beli dan tindakan membatalkan akad yang telah termeterai adalah sah asalkan barangan yang terlibat dalam akad urus niaga masih ada dan kekal seperti keadaan asal. Sekiranya barang tersebut rosak, maka pembatalan akad adalah tidak sah. |
aqd lāzim | akad lazim | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh dua pihak, yang tidak membenarkan salah satu pihak membatalkan akad tanpa persetujuan pihak yang satu lagi. Contohnya, penjual dan pembeli tidak boleh membatalkan akad jual beli yang telah termeterai tanpa mendapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada pihak yang satu lagi. Sinonim lafaz mengikat. |
kafalah bil dayn | jaminan hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Akad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi melangsaikan hutang. Apabila tuntutan hutang dilakukan, maka jaminan hutang boleh dituntut daripada penghutang, penjamin atau kedua-duanya. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat bahawa akad ini termeterai tanpa perlu ungkapan qabul di pihak penerima jaminan. |
kafalah | jaminan | Perniagaan Islam | Tiada | Gabungan tanggungjawab penjamin bersama pihak yang dijamin dengan pihak penerima jaminan. Penjamin bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan yang ditanggung oleh pihak yang dijamin. Contohnya, pelanggan berhutang dengan bank dan mempunyai seorang penjamin. Penjamin memaklumkan kepada bank, sekiranya pihak yang dijamin tidak menjelaskan hutang yang telah dibuat, penjamin tersebut akan melangsaikannya. Ungkapan ini membentuk akad jaminan. Mengikut mazhab Hanafi, kafalah termeterai dengan adanya ijab daripada penjamin dan qabul daripada pihak yang dijamin. Mazhab Maliki, Syafii serta Hambali berpendapat bahawa akad kafalah termeterai hanya dengan ijab sahaja walaupun tanpa keredaan pihak penerima jaminan. Sinonim daman. |