Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.pa.par] | ترڤاڤر

Definisi : (telah) dipaparkan, terbentang, ter­gambar, tertera: di dlm rajah ini ada ~ dua jenis skala; hal seumpama itu sering ~ dlm akhbar dan majalah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.pa.par] | ترڤاڤر

Definisi : 1 terbentang; tergambar: Perhatikan bentuk yg ~ pd skrin itu. 2 (telah, sudah) dipaparkan: Kisah yg menggemparkan masyarakat itu ~ di akhbar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
papar (adjektif)
Bersinonim dengan papak, pepat, dempak, repang, rata, tidak runcing;,
Kata Terbitan : memaparkan, terpapar, pemaparan, paparan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
security dotsbintik keselamatanTeknologi MaklumatTiadaAsterisk yang terpapar pada skrin apabila kata laluan ditaip.
back buttonbutang undurTeknologi MaklumatTiadaButang yang terpapar di bahagian atas pengimbas laman web atau pada laman web itu sendiri untuk melihat laman web sebelumnya apabila diklik.
hitkenaanTeknologi MaklumatTiadaUnit ukuran kepopularan tapak web berdasarkan bilangan kenaan. Kenaan adalah mengikut bilangan fail yang terpapar pada satu-satu laman web. Secara teknikal satu bukaan fail dan pemindahannya dari tapak web dianggap sebagai satu kenaan. Walau bagaimanapun, ukuran ini tidak memberikan gambaran kepopularan yang sebenarnya kerana satu lawatan ke laman web boleh menjana beberapa kenaan pada satu masa yang sama dan memberi gambaran lebih daripada satu pelawat unik. Bilangan kenaan turut digunakan oleh pembina laman web sebagai ukuran untuk memancing pengiklanan dalam talian.
equinusekuinus; kuda)PerubatanTiadaEkuinus: Talipes ekuinus, iaitu kecacatan kaki sejak lahir, yang menyebabkan pesakit tidak dapat berdiri tegak dengan tapak kaki terpapar pada tanah.
adwareperisian iklanTeknologi MaklumatPerisianPakej perisian yang mempunyai ciri sokongan pengiklanan. Apabila pakej ini dipasangkan atau digunakan, iklan secara automatik akan terpapar atau diminta untuk dimuat turun. Terdapat jenis perisian iklan yang dikenali sebagai perisian intip dan diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. Lihat juga perisian intip.
adwareperisian iklanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPakej perisian yang mempunyai ciri sokongan pengiklanan. Apabila pakej ini dipasangkan atau digunakan, iklan secara automatik akan terpapar atau diminta untuk dimuat turun. Terdapat jenis perisian iklan yang dikenali sebagai perisian intip dan diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi. Lihat juga perisian intip.
background scanningpengimbasan latarTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerAktiviti imbasan pada sistem komputer yang dilakukan terselindung di sebalik proses atau aktiviti lain yang utama. Aktiviti ini terpapar kepada pengguna menggunakan keupayaan CPU terbiar.
browser hijackerperampas pelayarTeknologi MaklumatPerisianPerisian yang berbentuk perisian hasad atau perisian intip yang membenarkan penggodam mengintip aktiviti pelayaran komputer yang dijangkiti perisian tersebut. Contoh akibat daripada pengintipan tersebut ialah iklan timbul terpapar, laman utama web diset semula dan mengalihkan pelayar kepada laman web yang tidak dijangka. Lihat juga perisian intip, perisian hasad.
PostScriptPostScriptTeknologi MaklumatTiadaDibangunkan oleh Adobe System yang merupakan Bahasa Pemerihalan Halaman (PDL) untuk mencetak huruf dan imej untuk komputer meja. PostScript mempunyai kebolehan untuk memerihal jenis fon, grafik dan separa ton pada dokumen. Dokumen PostScript dapat dicetak seperti yang terpapar di skrin komputer.
PostScriptPostScriptTeknologi MaklumatTiadaDibangunkan oleh Adobe System yang merupakan Bahasa Pemerihalan Halaman (PDL) untuk mencetak huruf dan imej untuk komputer meja. PostScript mempunyai kebolehan untuk memerihal jenis fon, grafik dan separa ton pada dokumen. Dokumen PostScript dapat dicetak seperti yang terpapar di skrin komputer.
12

Kembali ke atas