Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.se.but] | ترسبوت

Definisi : 1. telah disebut (diceritakan dll), pernah disebut: maka saya pun terimalah rial yg ~ itu dgn beribu-ribu terima kasih; 2. terkatakan, terperikan: maka segala perahu itu pun berlabuh di Tanjung Kerawang itu, maka tiadalah ~ lagi; 3. = kesebutan ark terkenal atau termasyhur (bkn orang dll); ~lah perkataan sl akan diriwayatkan (dikisahkan, diceritakan) halnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.se.but] | ترسبوت

Definisi : pernah disebut; telah disebut: Surat ~ telah saya terima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersebut

Puisi
 

Tenang-tenang air di laut,
     Sampan kolek hanyut ke tanjung;
Budi terkenang mulut tersebut,
     Budi baik rasa nak junjung.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Sehabis kelahi teringat silat.

Bermaksud :

Setelah pekerjaan selesai baru teringat akan apa-apa yang baik untuk mengerjakan pekerjaan tersebut.

 

Lihat selanjutnya...(3)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
conical equal-area projectionunjuran kon sama luasGeografiTiadadan garis-garis latitud yang selari ke atas sebuah kon yang tangen atau memotong permukaan sebuah sfera di mana kon tersebut menyentuh sfera tersebut pada sepanjang satu atau lebih garis-garis selari yang standard.
key employee insuranceinsurans pekerja pentingPentadbiran PerniagaanTiada1. Insurans hayat atau insurans kesihatan bagi pekerja penting untuk melindungi kerugian kewangan yang akan dihadapi oleh majikan jika khidmat pekerja tersebut terhenti. Polisi tersebut dimiliki dan premium dibayar oleh majikan.
alkali flatpamah alkaliGeologiTiadaDasar tasik yang telah kering akibat proses sejatan yang amat sangat. Proses sejatan tersebut meninggalkan satu lapisan enapan alkali di atas dasar tasik tersebut.
transportation insuranceinsurans pengangkutanPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi terbuka yang melindungi harta pihak yang diinsuranskan semasa harta tersebut diangkut. Perlindungan ini meliputi semua jenis pengangkutan termasuk kapal yang diperlukan untuk mengangkut harta tersebut dari lokasi asalnya ke destinasi terakhir.
dendrochronologydendrokronologiSejarahTiadaKaedah pentarikhan masa dalam kajian arkeologi dengan menggunakan pergelangan tumbuhan, melihat urutan serta perbezaan gelang pada tumbuhan tersebut untuk menentukan persekitaran zaman dan umur tumbuhan tersebut.
property insuranceinsurans hartaPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans ini melindungi seseorang yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu harta berbentuk fizikal, terhadap kehilangan harta tersebut atau kehilangan daya harta tersebut untuk menghasilkan pendapatan.
pretreatmentprarawatan; praolahan; pralakuanKejuruteraanTiada2. Praolahan: Kaedah olahan yang dijalankan bagi mengurangkan beban pencemaran sebelum air sisa tersebut dihantar ke loji olahan awam, untuk menghalang pelepasan yang boleh mengurangkan kecekapan loji olahan tersebut.
contractor equipment floater policypolisi pengapung kelengkapan kontraktorPentadbiran PerniagaanTiadaInsurans yang memberi perlindungan kepada bangunan binaan biasa yang sedang dibina dan disiapkan di atas tapak binaan tersebut. Perlindungan diberi bagi loji dan kelengkapan, peralatan, bahan, pembinaan sementara di atas tapak pembinaan tersebut yang dipunyai oleh insured atau yang dipertanggungjawabkan kepadanya. Perlindungan juga diberi bagi sambungan, tambahan dan perubahan ke atas bangunan yang sedia ada dan bukan bangunan tersebut.
spot broadcasting (tv)siaran setempatKomunikasiTiadaSistem siaran televisyen bagi sesebuah komuniti yang menyediakan kemudahan siaran yang sesuai dengan keperluan di tempat tersebut. Contohnya, penyiaran berita dan hal ehwal awam yang berlaku di sekitar kawasan tersebut.
kidnapping coverageperlindungan penculikanPentadbiran PerniagaanTiadaPerlindungan terhadap seseorang yang diculik di luar perkarangan yang diinsuranskan dan dipaksa kembali dan membuka bangunan tersebut atau membuka peti besi yang terdapat di dalamnya atau memberi maklumat yang membolehkan penculik tersebut berbuat demikian. Perlindungan ini juga ditawarkan di bawah polisi jenayah seperti insurans kecurian stok terbuka merkantil atau polisi komprehensif 3-K.
12345678910...

Kembali ke atas