Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ser.gam] | ترسرݢم

Definisi : kelihatan tinggi dan besar drpd yg lain-lain (rumah, gunung, dll): bangunan itu ~ megah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ser.gam] | ترسرݢم

Definisi : kelihatan lebih tinggi dan lebih besar drpd yg lain (bkn rumah, gunung dll): Istana itu ~ indah di atas sebuah bukit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tersergam


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monumental artcitra monumentalKesenianTiadaCitra yang besar dan tersergam, selalunya terletak di tempat awam dan lapang.
tautologytautologiKesusasteraanTiadaPengulangan secara keterlaluan sesuatu idea (perkataan, frasa, ucapan). Penggunaan perkataan atau frasa yang berlainan bagi menyatakan idea yang sama tanpa sebarang perbezaan dari segi penjelasan atau penekanan kepada pengucapan tersebut. Tautologi dianggap sebagai kecacatan stail. Contohnya, �lelaki bagaikan gajah yang tersergam itu sangat besar saiznya�, atau �saya sendiri secara peribadi...�, dan �raksasa gergasi yang suka makan orang�. Tautologi sebenarnya melanggar petunjuk Grice berkenaan kuantiti dan cara. Hal ini demikian kerana tautologi bersifat tidak memberikan maklumat serta mengulang-ulang sesuatu yang sudah diketahui, namun bukan semua tautologi melencong secara jelas atau tidak boleh diterima. Apabila tautologi berlaku dalam wacana, seseorang dapat membuat kesimpulan makna daripadanya, iaitu tautologi mempunyai tujuan pragmatik yang khusus untuk menegaskan sesuatu. Tautologi berasal daripada perkataan Yunani bermaksud �mengatakan yang sama�.
Romanesque architectureseni bina RomanesqueKesenianSeni BinaSeni bina yang terdapat di Eropah Barat kira kira pada tahun 800-an hingga 1100-an masihi. Seni bina Romanesque berkembang menjadi beberapa gaya kedaerahan termasuk Aquitaine, Brittany, Burgundy, Ile-de-France, Norman dan Provence. Bangunan Romanesque selalunya terasing dari beberapa bandar yang dibangunkan pada masa itu. Ciri bangunannya yang besar tersergam, terhasil daripada tuntutan terhadap pertahanan dan keselamatan yang diperlukan bagi lokasi demikian.
bent entrytunduk di pintuKesenianSeni BinaPerbuatan merendahkan posisi badan apabila memasuki rumah yang mempunyai pintu yang lebih rendah daripada badan. Perbuatan ini mempunyai unsur falsafah yang menyarankan tetamu supaya menghormati tuan atau pemilik rumah. Tunduk di pintu lazim diamalkan dalam seni bina warisan Melayu, apabila pintu atau laluan masuk dibuat lebih rendah dan tidak tersergam agar tetamu tunduk apabila melalui pintu tersebut. Frank Lloyd Wright, seorang arkitek terkemuka juga telah mereka bentuk pintu masuk atau laluan utama pada bangunan rekaannya menggunakan pendekatan sedemikian.

Kembali ke atas