Trojan horse program | atur cara kuda trojan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Perisian yang mempunyai suatu fungsi umum yang jelas tetapi mempunyai kod tambahan, iaitu kod kuda Trojan yang memberi fungsi tersorok kepada individu yang mengetahuinya. Fungsi tersorok ini membenarkan pengumpulan data terlarang, eksploitasi hak fungsian, pemalsuan data, atau keupayaan menghapus data tanpa perakuan pemilik data. Kod kuda Trojan disertakan dalam perisian secara sengaja oleh penerbit perisian tersebut atau secara tersembunyi oleh pengatur cara perisian untuk tujuan hasad. |
cella | cella | Kesenian | Tiada | Ruang tersorok di bahagian dalam rumah ibadat Yunani Lama yang mengandungi patung dewa. |
adeloceratous | adeloserat | Biologi | Entomologi | Mempunyai sesungut tersorok, misalnya pada kumpulan serangga Crytocerata (Heteroptera). |
diverticulum | divertikulum | Biologi | Entomologi | Tiub atau saku yang tersorok di hujungdistal dan bercabang dari saur atau rongga, misalnya tiub atau saku berupa tembolok pada sesetengah serangga. |
virus | virus | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara komputer yang tersorok di dalam atur cara lain dan menyalin dirinya sendiri ke dalam perisian lain apabila atur cara itu digunakan. Pada tahun 2002 syarikat Norton Anti Virus telah mengenal pasti 67,000 virus. Contohnya Pakistani Brain, Zombie, Sherlock, Yankee dan Trojan Horse. |