Solanum torvum | Terung pipit, terung rembang | Pertanian | Tiada | Tumbuhan daripada famili Solanaceae, dikenali sebagai terung rembang, daripada spesies jenis renek, berketinggian 1-2 meter dan mempunyai duri pada batang serta daun. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus, daun jenis ringkas, berbentuk bujur dan bercuping enam. Bunganya kecil, berjambak dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan kecil jenis beri berbiji banyak, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kekuningan apabila masak. Pokok ini mengandungi beberapa jenis sebatian kimia seperti trovosida, heksatriakontanon, triakontanoil, nioklorogen. Tumbuhan ini mudah ditemui tumbuh liar di kawasan lapang dan tanah terbiar. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi manakala daunnya digunakan untuk merawat pitam, bisul, batuk dan sakit kepala. |
bunga terung(Ib.) | bunga terung(Ib.) | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk bunga terung. |
stuffed aubergine | terung sumbat | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pembuka selera daripada terung yang dibakar dan disumbat dengan isi terung bercampur bahan-bahan lain. |
aubergine | terung ungu | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Terung ungu: Sejenis tumbuhan pokok renek yang buahnya boleh dimakan dari genus Bringella. |
Solanum ferox | terung bulu | Herba | Botani dan Bioteknologi | Pokok renek dalam famili Solanaceae, dikenali juga sebagai terung asam. Tinggi pokok ini hanya mencapai 1 meter. Keseluruhan pokok berduri dan berbulu. Daunnya besar berbentuk bujur dan tepinya bercuping tiga segi. Warnanya hijau tetapi berbulu tebal dan berwarna kelabu. Permukaan bawah daun lebih pucat dan berduri di sepanjang urat daun. Bunganya putih pada jambak yang bertangkai pendek. Buahnya berwarna kuning, berbentuk bulat dan berbulu halus tetapi tebal. Biji digunakan untuk mengubati sakit gigi. Air rebusan akar dibuat mandian untuk mengubati demam dan dibuat campuran untuk mengubati luka dan gatal. Buahnya dibuat perasa asam dalam masakan. |
Solanum torvum | terung pipit | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan daripada famili Solanaceae yang dikenali juga sebagai terung rembang daripada spesies jenis renek, berketinggian 1 meter hingga 2 meter dan mempunyai duri pada batang serta daun. Keseluruhan tumbuhan berbulu halus, dan daunnya jenis ringkas, berbentuk bujur dan bercuping enam. Bunganya kecil, berjambak dan berwarna putih. Buahnya berbentuk bulat dan kecil jenis beri berbiji banyak, berwarna hijau ketika muda dan bertukar kekuning-kuningan apabila masak. Pokok ini mengandungi beberapa jenis sebatian kimia seperti trovosida, heksatriakontan, triakontanol dan nioklorogen. Tumbuhan ini mudah ditemukan tumbuh liar di kawasan lapang dan tanah terbiar. Buahnya berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi, manakala daunnya digunakan untuk merawat pitam, bisul, batuk dan sakit kepala. |
bluish violet | ungu terung | Kesenian | Tiada | Tiada |
brinjal (Solanum melongana) | terung (Solanum melongana) | Pertanian | Tiada | Tiada |
egg plant (Solanum melongana) | terung (Solanum melongana) | Pertanian | Tiada | Tiada |
white sparrow's brinjal | terung pipit putih(Solanum torvum) | Pertanian | Tiada | Tiada |