Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rung.kap]/[ter.ung.kap] | تراوڠکڤ

Definisi : dapat diungkapkan: sedangkan emosi itu memang tidak ~ oleh kata-kata dlm pemikiran kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terungkap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
maximlidah pendetaKesusasteraanPuisiKata atau diksi yang terungkap dalam sesuatu baris, rangkap atau keseluruhan sesebuah puisi yang merupakan tuturan yang diucapkan oleh seseorang cendekiawan. Kata atau diksi yang diungkapkan itu boleh menjadi nasihat dan panduan hidup. Gurindam dapat digolongkan sebagai lidah pendeta. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional. Kurang fikir, kurang siasat, tentu dirimu kelak tersesat. Fikir dahulu sebelum berkata, supaya terelak silang sengketa. Perkataan tajarn jika dilepas, ibarat beringin racun dan upas.
ideogramideogramKesusasteraanPuisiImej atau gambaran wawasan pengarang yang terungkap sama ada secara tersurat mahupun tersirat dalam sesuatu diksi, frasa mahupun kalimat sesebuah puisi. Sebagai contoh pengungkapan imej ideogram ini dapat dilihat pada puisi "Pak Utih" dalam kumpulan Gelombang karya Usman Awang.
metaphysical poetrypuisi metafizikaKesusasteraanPuisiPuisi yang mengungkapkan pemikiran yang berhubung dengan fenomena di luar realiti. Pemikiran-pemikiran ghaib yang terungkap dalam puisi itu boleh. dikesan melalui akal fikiran yang rasional. Contohnya, puisi "Padamu Jua" dalam Nyanyi Swzyi karya Amir Hamzah.
parablecerita ibaratKesusasteraanTiadaCerita yang singkat dan bersifat didaktik. Cerita ini bertujuan menyampaikan sesuatu prinsip agama, pengajaran moral atau hakikat umum dengan cara yang menarik. Pengarang cerita ibarat biasanya menggunakan perbandingan alegori atau persamaan antara unsur cerita dengan isu moral atau falsafah agar pengisahannya mudah difahami, hidup dan berkesan. Unsur pengajaran dalam cerita ibarat wujud secara tidak ketara. Naratif direka untuk memberikan penjelasan secara tersirat, umpamanya melalui analogi dengan peristiwa sebenar yang biasanya mengandungi nilai-nilai agama. Seperti yang terungkap dalam Bible, bentuk cerita ibarat merupakan kaedah pengajaran jesus yang terkenal, dan meninggalkan kesan yang berkekalan dalam tradisi alegori didaktif sastera Barat. Dalam sastera Timur, contoh yang ditemui dalam cerita berbingkai, Hikayat Bayan Budiman. Kisah ini merupakan rangkaian cerita ibarat yang dikisahkan oleh Burung Bayan kepada Bibi Zainab bagi mengelakkannya berbuat curang. Cerita ibarat juga mengandungi unsur fantas

Kembali ke atas