Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Ozma projectprojek OzmaMatematikTiadaProjek perintis untuk mengesan makhluk cerdas di luar bumi, yang dijalankan pada tahun 1960, dengan teleskop radio untuk mengesan isyarat pancaran garis hidrogen dari dua bintang seperti matahari yang terdekat, Jau Ceti dan Epsilon Eridani. Projek ini tidak berjaya.
League of NationsLiga BangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaPerang Dunia Pertama oleh kuasa yang menang dalam peperangan tersebut semasa Persidangan Keamanan Paris. Great Britain dan Perancis kekal menjadi anggota pertubuhan ini sehingga dibubarkan, manakala anggota lain seperti Jerman, Kesatuan Soviet, Jepun dan Itali sama ada lewat menyertai pertubuhan ini atau menarik diri selepas beberapa waktu. Walaupun Presiden Amerika Syarikat, Woodrow Wilson merupakan penyokong kuat penubuhan organisasi ini, negara tersebut tidak menjadi anggota kerana bangkangan daripada senatnya. Selama kewujudannya, pertubuhan ini tidak berjaya menghalang pencerobohan dan kekejaman daripada terus berleluasa disebabkan ketiadaan komitmen dalam kalangan anggotanya. Antara kegagalan pertubuhan ini dalam menjaga keamanan dunia ialah penaklukan Jepun ke atas Manchuria (1931) dan penaklukan Itali terhadap Abyssinia (1935). Pertubuhan ini akhirnya telah digantikan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
diversificationpempelbagaianPengurusanPerancanganSuatu pendekatan strategik yang melibatkan keputusan untuk mempelbagaikan aktiviti syarikat, sama ada dengan menambah kategori produk lini, mewujudkan entiti perniagaan yang baharu atau memasuki pasaran baharu. Tujuan pempelbagaian dilakukan adalah untuk mengurangkan risiko dengan menambah aktiviti perniagaan yang mempunyai potensi yang berbeza, termasuk dengan membeli beberapa entiti yang berlainan (saham syarikat atau entiti perniagaan). Melalui pendekatan pempelbagaian ini, sekiranya berlaku kegagalan sesuatu produk atau entiti perniagaan, ia tidak akan memusnahkan keseluruhan portfolio yang dimiliki oleh sesebuah syarikat. Contohnya, pembuat kereta yang mengeluarkan pelbagai jenis model akan mengurangkan risiko kegagalan syarikat sekiranya salah satu model keretanya tidak berjaya dalam pasaran.
organisational life cyclekitaran hayat organisasiPengurusanPerancanganCorak pembangunan yang dilalui oleh sesebuah organisasi dari saat penubuhannya sehingga saat penamatan operasinya. Terdapat empat peringkat dalam kitaran hayat sesebuah organisasi, iaitu peringkat kemunculan, pertumbuhan, kematangan dan kemerosotan. Pada peringkat kemunculan, organisasi membangunkan pelan perniagaan oleh pasukan yang ditubuhkan dan memulakan usaha niaga dengan menjana modal yang diperlukan. Pada peringkat pertumbuhan, organisasi mula meningkatkan jualan dan membangunkan produk baharu, serta mengembangkan pasaran dan membentuk asas pelanggan yang kukuh. Pada peringkat kematangan, organisasi mula stabil dan berjaya mengumpul aset dan menjana keuntungan yang kukuh, namun mula menghadapi pertumbuhan yang perlahan atau tidak berubah. Pada peringkat kemerosotan pula, organisasi mula mengalami kejatuhan jualan dan keuntungan yang rendah sehingga perlu mengecilkan saiz operasi. Sekiranya tindakan pemulihan tidak berjaya, organisasi mungkin terpaksa ditutup atau dijual. Sebaliknya, tindakan yang berke
ham actinglakon lampauKesenianDrama dan TeaterGaya lakon berlebih-lebihan dan tidak meyakinkan untuk mengajuk atau memperolokkan manusia yang berjaya, yang ingin berjaya atau yang gagal memainkan peranan mereka dalam kehidupan. Pelakon yang menggunakan gaya ini tidak menunjukkan kemampuan atau kemahiran sebagai pelakon dan tidak menyedari gaya tersebut sudah ketinggalan.
self-fulfilling propheciestelahan pemenuhan kendiriPsikologiPsikologi UmumAgakan yang membuatkan individu bertindak dengan cara yang membolehkan harapan menjadi kenyataan. Contohnya, sekiranya individu mengagak dirinya boleh berjaya, maka individu tersebut akan bekerja keras supaya kejayaan itu tercapai. Sebaliknya, sekiranya dia mengagak dirinya tidak boleh berjaya, maka individu tersebut tidak akan banyak berusaha sehingga kemungkinan untuk gagal adalah tinggi. Harapan biasanya muncul daripada tahap kepercayaan terhadap kemampuan diri yang diperoleh daripada usaha meningkatkan kecekapan, merentasi halangan dan belajar daripada kesilapan.
feasibility planrancangan boleh laksanaPentadbiranTiadaRancangan permulan bertulis yang merangkumi semua unsur rancangan perniagaan yang bertujuan menentukan sama ada perniagaan baharu itu boleh berjaya atau tidak.
YmodemYmodemTeknologi MaklumatTiadaProtokol pembetulan ralat bagi modem yang menggunakan blok data yang besar untuk kecekapan tinggi. Modem yang menggunakan protokol ini menghantar data dalam blok 1024 bait. Blok yang berjaya diterima tidak dimaklumkan. Blok yang mempunyai ralat dimaklumkan dengan pemberitahuan negatif (NAK) dan akan dihantar semula. Ymodem menggunakan kaedah semakan lewahan kitar(CRC) untuk mengesan ralat. Ymodem adalah hasil pengubahsuaian Xmodem melalui penyediaan mod kelompok.
disease onsetpermulaan penyakitBiologiPatologiMasa bermulanya penyakit, iaitu pada masa gejala mulai nampak di alam. Pada masa ini kadar pertumbuhan (r) ialah di antara 0.001 hingga 0.05. Penyakit yang berjaya ini tidak semestinya menjadi epidemi.
one-time-use passwordkata laluan sekali gunaTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKata laluan yang ditukar selepas setiap sesi log masuk berjaya dilakukan. Penukaran ini dilakukan apabila terdapat kemungkinan besar kata laluan tersebut dipintas oleh pengguna hasad. Apabila log masuk berjaya dilakukan, kata laluan akan ditukar oleh pengguna atau dijanakan secara rawak oleh penjana kata laluan. Seterusnya, kata laluan yang lama akan dibatalkan dan menyebabkannya tidak berguna lagi kepada pengguna hasad.
1234

Kembali ke atas