corrugated cardboard | kadbod berombak | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bahan daripada kertas tebal dan keras yang lapisan dalamnya tidak rata iaitu seakan-akan berombak-ombak. |
linear patch | tampalan pelapik | Kejuruteraan | Petroleum | Tiub berombak yang dibuat daripada keluli tertekan digunakan untuk memperbaiki kebocoran selongsong yang terdapat pada telaga. Biasanya berbentuk bergelombang ataupun mempunyai permukaan yang tidak rata. Tiub ini dimasukkan ke dalam selongsong berkenaan hingga pada kedalaman tempat berlakunya kebocoran, kemudian disimenkan di tempat yang bocor dengan menggunakan gentian kaca dan damar epoksi. |
moire fabric | fabrik barik | Kesenian | Tiada | 1. Fabrik yang diberi kemasan khusus untuk menghasilkan kesan berombak dengan cara menggunakan guling berukir yang dipanaskan bagi menghasilkan kesan air atau berbelang-belang.,2. Fabrik tebal tenun permatang yang mempunyai kesan air yang terhasil daripada gabungan benang lungsin sutera, rayon atau asetat dengan benang pakan isian daripada yarn kasar gentian kapas atau gentian buatan manusia. Coraknya dibuat dengan menggunakan guling panas untuk meratakan yarn pakan isian bagi mendapatkan corak sinaran cahaya. Biasanya corak ini tidak kekal pada fabrik-fabrik lain kecuali fabrik asetat. Fabrik jenis ini digunakan untuk membuat gaun malam, skirt, kot dan fabrik hiasan rumah. |
air lock | sendat udara | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1. Ruang kedap udara yang menyediakan laluan antara dua tempat kerja yang berbeza tekanan. Tekanan persekitaran luar bertekanan atmosfera manakala tekanan lebih tinggi di bahagian dalam ruang kerja. Ruang ini biasanya terdapat di dalam ruang kerja terowong bawah tanah, kapal selam dan bahagian kuarantin hospital. 2. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di dalam aliran cecair dalam sistem perpaipan. Gelembung udara ini boleh menyebabkan aliran cecair tersekat. Aliran masih tersekat selagi udara yang terperangkap tidak dibebaskan. Keadaan ini boleh juga berlaku dalam sistem brek kereta. 3. Keadaan apabila gelembung udara terperangkap di permukaan bahagian acuan dengan plastik suntikan dalam proses suntikan plastik teracu. Kesan sendat udara ini menghasilkan permukaan yang berombak dan kualiti produk yang tidak mencapai standard. |