isochromatic | isokromatik | Geologi | Tiada | 1. Berhubung dengan variasi kuantiti-kuantiti tertentu yang berkait dengan cahaya, yang warna atau panjang gelombangnya tidak berubah-ubah.,2. Berhubung dengan garis yang menghubungkan titik-titik sama warna. |
stereotype | stereotaip | Sosiolinguistik | Tiada | Unsur yang tidak boleh berubah-ubah, berpegang teguh dengan pola yang telah ditetapkan, khususnya merujuk pada penggunaan bahasa. |
constant | pemalar | Teknologi Maklumat | Perisian | Nilai yang tidak berubah apabila suatu pemalar terikat kepada satu nilai. Sifat pemalar ini merupakan kebalikan bagi pemboleh ubah. Oleh itu, pemalar tidak boleh diumpukkan. Dalam bahasa penghimpun atau spesifikasi set perintah, nilai pemalar dirujuk sebagai nilai terus kerana nilai ini boleh dicapai secara langsung tanpa membebankannya daripada cache data. Oleh sebab ketidakfleksibelan ini, maka pemalar jarang digunakan dalam pengaturcaraan berbanding pemboleh ubah. Terdapat dua jenis pemalar, iaitu pemalar statik dan pemalar dinamik. |
fluxional molecule | molekul berubah-ubah | Kimia | Tiada | Molekul yang tidak tegar secara stereokimia. |
ceteris paribus | ceteris paribus | Pentadbiran | Tiada | Perkataan latin yang bermakna, Perkara-perkara lain diandaikan tidak berubah, digunakan dalam analisis ekonomi bagi melihat kesan mengubah sesuatu pemboleh ubah tanpa mengubah pemboleh ubah lain. |
ceteris paribus | ceteris paribus | Ekonomi | Tiada | Frasa Latin yang bermaksud hal atau faktor lain tidak berubah. Ceteris paribus ialah andaian penting dalam analisis ekonomi yang menunjukkan kesan perubahan satu atau beberapa pemboleh ubah bebas, sementara pemboleh ubah bebas yang lain adalah tetap. Misalnya, kesan perubahan harga terhadap permintaan sesuatu barang dengan andaian bahawa faktor-faktor lain termasuk pendapatan adalah tetap. |
constant pressure variable orifice flowmeter | meter alir tekanan malar orifis berubah-ubah | Perubatan | Tiada | Alat yang digunakan untuk mengukur kadar aliran gas atau cecair yang melalui orifis berukuran tidak tetap. Kadar aliran bergantung kepada orifis dan bukan tekanan gas atau cecair. Contohnya, rotameter dan meter alir puncak. |
floating rate bond | bon berkadar terapung | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bon yang mempunyai kupon berubah-ubah yang kadarnya menyamai kadar bunga semasa. Kadar berubah ini dikira berasaskan kepada kadar bunga rujukan semasa tambah spread. Contohnya, kadar kupon = LIBOR + spread. Jika LIBOR ialah 5% dan spread 0.02%, maka kupon ialah 5.02%. Bon berkadar terapung ini tidak diterima oleh syarak. |
fluctuating current | arus turun naik | Teknik | Elektrik | arus elektrik yang berubah-ubah, yang nilainya turun naik dengan tidak menentu. |
vauclusian spring | mata air vauklus | Hidrogeologi | Tiada | Mata air besar atau permulut sungai bawah tanah, biasanya terdapat di kawasan batu gamping, yang luahannya berubah-ubah dan tidak dapat dimasuki kecuali dengan alat penyelam (USGS, Glossary of karst terminology). Ruj.: USGS Monroe 1970 Sin.: mata air memancut |