Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
modern stylegaya modenKesenianSeni BinaGaya reka bentuk moden yang diperkenalkan dari era modenisme. Seni bina moden biasanya bebas daripada elemen-elemen yang tidak perlu. Tumpuan seni bina moden diberi pada aspek ruang, dan bukannya pada aspek hiasan atau butiran yang tidak relevan seperti dalam seni bina klasik. Cita rasa moden mementingkan kesederhanaan dan kejelasan ruang. Bangunan seharusnya kelihatan bersih, berfungsi, bersifat lebih ringkas dan mudah.
modern bureaucracybirokrasi modenPentadbiranTiadaBentuk pentadbiran dan pengurusan organisasi yang lebih efisien dan mengambil kira unsur-unsur pembaharuan berdasarkan perubahan persekitaran yang berlaku. Birokrasi moden juga merangkumi corak pembahagian autoriti atau kuasa tanggungjawab pengurusan dalam organisasi, seperti pemencaran kuasa yang dibuat oleh peringkat atasan terhadap para pengurus yang bertanggungjawab terhadap jabatan atau bahagian masing-masing. Brokrasi moden juga melibatkan amalan sistem organisasi yang lebih terbuka dan peka terhadap kehendak dan keperluan semasa. Contoh elemen birokrasi moden ialah jaringan yang lebih banyak antara organisasi, peraturan dan kawalan yang tidak mengongkong kakitangan, penyaluran maklumat yang lebih telus untuk memudahkan kakitangan, kemudahan yang lebih banyak dan penggunaan teknologi terkini
perfect fluidbendalir sempurnaFizikModenBendalir yang tidak mempunyai kelikatan.
BauhausBauhausKesenianSeni BinaIdeologi dan gaya seni bina moden yang menyatukan bidang seni dan teknologi. Bauhaus berasal dari sebuah sekolah reka bentuk di Jerman yang menjadi pusat menyebarluaskan seni dan reka bentuk moden di Eropah. Sekolah ini terkenal pada awal abad ke-20 dalam bidang seni bina, tipografi, reka bentuk industri, reka bentuk dalaman, grafik, seni lukis dan seni reka fesyen. Pengarah pertama sekolah ini ialah Walter Gropius. Gaya Bauhaus telah menjadi salah satu ikutan dalam seni bina moden di seluruh dunia. Pengaruh Bauhaus dapat dilihat pada bangunan berbentuk kiub, berwarna putih, menggunakan tingkap kaca, tidak mempunyai hiasan, kelihatan ringkas dan tulen.
recrystallizationpenghabluran semulaFizikModenPenghabluran struktur hablur yang tidak melibatkan perubahan bentuk kimia hablur berkenaan.
free chargecas bebasFizikModenCas elektrik yang tidak terikat pada tapak tertentu dalam seuatu pepejal.
free oscillationayunan bebasFizikModenAyunan sistem fizik yang tidak dipengaruhi oleh rangsangan luar.
practical entropyentropi amaliFizikModenEntropi sesuatu sistem yang tidak termasuk entropi yang disebabkan oleh spin nukleus.
closed systemsistem tertutupFizikModenSistem yang terasing sehingga tidak berlaku tukar ganti tenaga atau jirim dengan persekitarannya, dan dengan yang demikian keadaan keseimbangan termodinamik akan tercapai.
cross couplinggandingan silangFizikModenGandingan yang memindahkan tenaga yang tidak diperlukan dari satu sistem ke satu sistem lain.
1234567

Kembali ke atas