style galant | style galant | Muzik | Tiada | Gaya muzik yang berasal dari Itali pada awal Zaman Klasik. Muzik style galant mengutamakan frasa melodi yang berkala dan mempunyai banyak kadens. Tekstur galant bercirikan homofoni dan iringan harmoni yang tidak rumit. Gaya sofistikated dan halus merupakan |
Guttman scale | skala Guttman | Pendidikan | Tiada | Skala sikap yang memerlukan jawapan ya/tidak atau setuju/tidak setuju sebagai reaksi kepada siri soalan atau keterangan yang semakin rumit dan sukar. |
farce | farsa | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis komedi yang dipersembahkan secara berlebih-lebihan oleh pendukung wataknya bertujuan untuk mencetuskan unsur lawak jenaka. Farsa dipersembahkan dengan memberikan penekanan kepada aksi fizikal yang lucu, watak yang dibesar-besarkan, plot yang rumit, peristiwa yang tidak munasabah, dan kerap kali bersifat sindiran seksual. Farsa bukan seperti komedi biasa yang hanya mencetuskan gelak ketawa, tetapi farsa turut membuat komentar dan sindiran tentang kehidupan sosial manusia. Farsa dipercayai berasal dari zaman Yunani dan berkembang pada zaman Rom, Perancis, dan Jerman pada kurun ke-13. Seterusnya farsa berkembang di England pada kurun ke-16, Farsa bermula pada awal kurun ke-20, tetapi digantikan dengan jenis filem seperti The Three Stooges dan Charlie Chaplin. Contoh farsa dalam karya tempatan ialah siri filem Bujang Lapok, iaitu Pendekar Bujang Lapok, Bujang Lapok, dan Seniman Bujang Lapok. Farsa berasal daripada perkataan Latin farcire bermaksud �mengisi�. |
episodic structure | struktur episodik | Kesusasteraan | Tiada | 1. Penulisan yang terdiri daripada beberapa peristiwa, lebih merupakan naratif yang mudah tidak seperti naratif yang mempunyai plot.,2. Kisah yang panjang mempunyai plot yang rumit seperti dalam sesetengah epik terdapat banyak episod yang bertujuan mengembangkan watak atau plot. |
grasping | menggagau | Perikanan | Tiada | Kaedah menangkap ikan yang hanya menggunakan tangan atau peralatan ringkas seperti penyodok, pisau pencungkil dan kayu. Kaedah ini terhad untuk menangkap ikan, hidupan yang tidak bergerak atau hidupan yang bergerak secara perlahan sahaja. Menggagau merupakan satu kaedah menangkap ikan yang paling mudah kerana tidak memerlukan peralatan yang rumit. |
deus-ex-machina | dens-ex-machina | Kesusasteraan | Tiada | Alat penceritaan yang digunakan secara mendadak, tidak wajar, kurang munasabah, diada-adakan atau secara paksa. Tujuannya untuk menyelesaikan keadaan sukar yang timbul dalam cerita yang tidak dapat di tangani oleh pengarang dengan meyakinkan. Deus-ex-machina boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti kebetulan yang tidak disangka-sangka, magis, sakti atau kuasa ghaib yang muncul secara tiba-tiba untuk membantu wira yang hampir tewas. Hal ini dianggap satu kelemahan dalam penulisan, biasanya digunakan dengan nada negatif dan sering ditemui dalam melodrama. Deus-ex-machina berasal daripada drama Yunani purba apabila watak tuan diselitkan dalam cerita untuk menyelamatkan situasi yang genting. Tuhan diturunkan ke pentas dengan menggunakan jentera. Deus-ex-machina sering ditemui dalam cerita yang mempunyai plot yang rumit dan berbelit-belit seperti dalam novel Ton Jone (1749) oleh Joseph Fielding dan Bleak House (1852) oleh Charles Dickens. Dalam sastera Melayu, alat penceritaan seperti ini biasa digunakan, dan ke |
buried theme | tema tersirat | Kesusasteraan | Tiada | Tema yang tersembunyi atau pernyataan yang dipersembahkan secara tidak langsung dalam sesebuah sajak. Tema tersirat berbeza dengan tema eksplisit yang dipaparkan secara langsung dan ketara. Penggunaan tema tersirat bertujuan untuk menggalakkan penglibatan pembaca mencari maksud tersirat, lantas pembaca seolah-olah mencipta semula sajak itu. Namun, kadangkala tema tersirat menjadi punca kelemahan sesebuah sajak. Hal ini demikian kerana sajak terlalu kabur sehingga rumit untuk ditafsirkan. |
diction | diksi | Kesusasteraan | Tiada | Pemilihan dan penggunaan kata oleh pengarang dalam sesebuah karya sastera, terutamanya puisi. Diksi yang baik, tepat, sesuai dan berkesan penting dalam sesebuah karya sastera bagi mengungkapkan sesuatu idea, sama ada secara bertulis ataupun secara lisan. Diksi boleh ditafsirkan contohnya sebagai abstrak atau konkrit, mudah atau rumit, formal atau tidak formal, kasar atau halus, harafiah atau kiasan, serta tepat atau kabur. |
poultry farming | perladangan poltri | Veterinar | Tiada | Penternakan ayam secara besar-besaran yang biasanya dikhususkan di dalam kurungan atau rumah yang sesuai dengan keadaan persekitaran. Pada masa kini, industri ini lebih mengkhusus kepada perladangan pedaging, perladangan penelur atau perladangan biak baka. Biasanya perladangan jenis ini diuruskan secara berasingan dan tidak bercampur antara satu sama lain di sesuatu tempat. Hal ini dilakukan kerana perladangan poltri memerlukan cara pengurusan yang berbeza dan agak rumit di samping bertujuan untuk mengawal jangkitan penyakit dan juga memastikan keselamatan ternakan. Kini, terdapat undang-undang yang menetapkan rumah ayam dalam sistem perladangan jenis ini perlu dibuat secara tertutup bagi mengawal dan memelihara alam sekitar. |