non-escape probability | kebarangkalian tak lepas | Kejuruteraan | Tiada | Kebarangkalian untuk neutron tidak terlepas daripada sistem reaktor terhingga. |
non-leaking probability | kebarangkalian tak bocor | Kejuruteraan | Tiada | Kebarangkalian untuk neutron tidak terlepas daripada sistem reaktor terhingga. |
insectarium | insektarium | Biologi | Entomologi | Bahagian bangunan yang dikhaskan untuk memelihara atau mengkulturkan serangga. Tempat ini dilengkapi penghalang, seperti pintu dan tingkap jaring, supaya serangga tidak terlepas. |
bowfishing | pancing panah | Perikanan | Tiada | Kaedah menangkap ikan dengan menggunakan alatan khas yang mempunyai anak panah yang diikat pada hujung tali yang mempunyai kekili untuk memudahkan penangkapan ikan. Anak panah yang digunakan mempunyai cangkuk agar ikan yang dipanah tidak terlepas. |
open rate | kadar terbuka | Komunikasi | Korporat | Bayaran asas tertinggi untuk ruang iklan dalam media cetak. Pada kebiasaannya, hanya satu iklan disiarkan di sesuatu ruang dalam media cetak. Kebanyakan ruang ini istimewa dan khusus seperti helaian sisipan dalam akhbar. Pengiklan tidak mendapat sebarang diskaun sekiranya membeli ruang ini. Kadar bayaran ini menjamin siaran iklan yang dominan dan tidak terlepas daripada mendapat perhatian khalayak. Walaupun kadar asas yang dibayar itu tinggi tetapi menjamin pulangan faedah yang maksimum kepada pengiklan. |
ibra’ | pengguguran hutang | Perniagaan Islam | Tiada | Tindakan pelepasan hutang atau hak kepada penghutang atau penjamin sama ada pelepasan semua hutang atau hak, atau sebahagian hutang atau hak sahaja. Contohnya, pemiutang berkata “Saya gugurkan hutang awak”, maka gugurlah hutang dan pemiutang tidak ada hak menuntut hutang. Sekiranya tindakan pelepasan atau pengguguran hutang itu diberikan kepada penjamin sahaja, maka penghutang tidak terlepas daripada tanggungan hak pemiutang. |
barb | ruit | Perikanan | Tiada | Cangkuk yang terdapat pada mata kail, panah atau serampang. Cangkuk berfungsi untuk memastikan mangsa tidak mudah terlepas apabila tersangkut pada mata kail. Mata kail mempunyai satu ruit sahaja, manakala panah dan serampang biasanya mempunyai lebih daripada satu ruit. |
ethereal | bereter | Farmasi | Tiada | 1. Berkaitan dengan atau menyerupai bahan kimia eter. 2. Terlepas dengan mudah. 3. Tidak ketara atau nyata. 4. Meruap. |
fugitive emission | lepasan fugitif | Kejuruteraan | Tiada | Gas, cecair, pepejal, habuk atau bahan-bahan lain yang terlepas daripada keluaran atau proses dan tidak melalui peranti kawalan pencemaran. |
organisational decline | kemerosotan organisasi | Pengurusan | Perancangan | Keadaan yang berlaku apabila sesebuah organisasi mengalami kejatuhan prestasi dari segi keberkesanan keputusan untuk mencapai matlamat yang dirancang. Kemerosotan organisasi berlaku apabila tidak dapat mengenal pasti atau menjangkakan tekanan dalaman atau luaran terhadap organisasi tersebut. Justeru, organisasi tidak dapat mengawal atau menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut hingga menyebabkan organisasi tidak mampu bertahan atau tidak boleh diteruskan lagi. Contohnya, organisasi yang mengalami kemerosotan yang hampir membawa kepada pembubaran perniagaan syarikat pengeluar barangan pengguna yang telah terlepas pandang serangan pesaing melalui produk pengganti. Kejayaan prestasi dan potensi produknya di masa lepas telah menjadikan syarikat berkenaan alpa kepada tindakan balas pesaing. |