crude birth rate | kadar kelahiran kasar | Sosiologi | Tiada | Perangkaan tentang kelahiran yang disusun secara tidak terperinci, atau tidak mengambil kira butir-butir tertentu. |
crude death rate | kadar kematian kasar | Kejururawatan | Tiada | Bilangan kematian dibandingkan dengan bilangan yang hidup pada pertengahan sesuatu tempoh yang dikira secara tidak terperinci. |
crude death rate | kadar kematian kasar | Sosiologi | Tiada | Nisbah bilangan kematian dalam sesuatu tempoh terhadap bilangan yang hidup pada pertengahan tempoh itu yang disusun secara tidak terperinci, atau tidak mengambil kira butir-butir tertentu. |
crude death rate | kadar kematian kasar | Perubatan | Tiada | Nisbah bilangan kematian dalam sesuatu tempoh terhadap bilangan yang hidup pada pertengahan tempoh itu yang disusun secara tidak terperinci, atau tidak mengambil kira butir-butir tertentu. |
short score | skor ringkas | Muzik | Tiada | Skor yang hanya menunjukkan idea muzik komposer secara kasar tidak termasuk butiran yang terperinci. |
schematic drawing | lukisan skema | Kesenian | Seni Bina | Lukisan cadangan yang dibuat pada peringkat awal dalam menghasilkan sesuatu idea seni bina. Walau bagaimanapun, lukisan ini tidak boleh digunakan sepenuhnya untuk pembinaan kerana ia tidak mempunyai butiran terperinci dan masih belum lengkap. |
amplification | penguatan; pembesaran; amplifikasi | Kesusasteraan | Tiada | Penjelasan tambahan melalui huraian baru dalam bentuk terperinci sebagai memperkuatkan pernyataan sebelumnya yang mungkin tidak mendapat perhatian atau mengelirukan pembaca atau pendengar disebabkan kadangkala kekaburan. |
reality effect | kesan realiti | Kesusasteraan | Tiada | Butiran dunia realiti yang tidak berfungsi untuk mengembangkan plot sesuatu cerita tetapi merupakan dariapda realiti yang dipaparkan. Butiran ini dianggap penanda untuk mengesahkan kesahihan realiti tersebut. Kesan realiti berkaitan dengan aliran realisme yang muncul sebagai respons kepada aliran romantisisme yang mengatakan bahawa penulis sastera harus menggambarkan kehidupan yang ideal. Penulis kesan realiti gemar memilih objek biasa, tetapi melalui teknik penceritaan, objek itu digambarkan secara terperinci untuk melahirkan kesan realiti yang menarik perhatian pembaca. Contohnya, novel Mereka yang Tertewas oleh Hasanuddin Md. Isa (1993). Novel ini menggambarkan secara terperinci keadaan Kampung Bukit Setugal untuk melahirkan kesan realiti seperti yang berikut: �...sebatang sungai mengalir, di puncak Bukit Setugal ia berpunca. Sungai itu membelah tanah-tanah sawah yang terbentang sesayup mata memandang. Aur-aur yang menumpang berdiri di tepi-tepi tebing sungai itu meliuk-liuk dedaunnya bergeseran setelah |
sketch map | peta lakar | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Lukisan peta kawasan kajian secara umum dan tidak mengikut skala. Walau bagaimanapun, data kawasan kajian direkodkan secara terperinci. Lukisan peta melibatkan petak ekskavasi, garis kontur, rumah, pokok dan jumpaan artifak di kawasan kajian. Tujuan peta lakar dibuat untuk menjimatkan masa dan mengelakkan berlakunya kesilapan sebelum dialihkan kepada peta kawasan kajian yang sebenar mengikut skala. |
scientific management | pengurusan saintifik | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Kaedah terperinci dalam teori pengurusan yang menentukan pembaharuan untuk mempertingkatkan produktiviti organisasi. Pengurusan saintifik dipercayai dapat mengubah cara berfikir ahli organisasi bukan sahaja untuk memantapkan kedudukan dan imej organisasi, tetapi secara tidak langsung dapat mempertingkatkan jati diri kakitangan organisasi tersebut. Pengurusan saintifik dipelopori oleh Frederick Winslow Taylor yang memberikan penekanan bahawa sebarang keputusan yang dilaksanakan adalah berasaskan kepada tradisi dan pengamalan pengurusan organisasi. Walau bagaimanapun, corak pengurusan yang baik sentiasa berteraskan kepada kebijaksanaan kakitangan dalam membuat keputusan yang berkait dengan kerja dan tanggungjawab. |