Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tin.das] | تيندس

Definisi : 1. menghimpit (menekan) dgn kuat: ~ kutu; 2. membuat dgn sekehendak hati (dgn kejam dll) terhadap, memeras, memperkuda, menganiaya: ia menerangkan bahawa pemberi pinjaman wang dapat ~ petani-petani dgn berbagai-bagai cara; 3. menumpaskan (pemberontakan dll), mengua­sai (menghapuskan dll) dgn kekerasan, menekan: parti komunis melaksanakan ajaran-ajaran Lenin utk ~ kebebasan peri­badi; pergerakan-pergerakan utk mendapat­kan kemerdekaan bagi negeri itu ditindas oleh kerajaan penjajah; tertindas ditindas, ditekan (dikuasai) dgn kekerasan: rakyat yg lama ~ itu akhirnya menentang pemerintah penjajah; tindasan 1. hasil perbuatan menindas, tekanan; 2. tembusan atau rakaman surat (stensil dll); penindasan perbuatan menindas: dlm pemerintahan diktator kerap berlaku ~ kebebasan dan hak-hak asasi manusia; penindas orang dll yg menindas. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tin.das] | تيندس

Definisi : ; menindas 1 menghimpit atau menekan dgn kuat: ~ kutu. 2 melakukan sesuatu dgn sekehendak hati atau dgn kekerasan; menekan. 3 menghapuskan sesuatu (pemberontakan dll) dgn kekerasan atau dgn paksa. tertindas diperlakukan sekehendak hati atau dgn kekerasan; ditindas; ditekan. penindasan perbuatan atau hal me­nindas. penindas orang dll yg menindas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tindas
Kata Terbitan : menindas, tertindas, penindasan, penindas,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hubung tindashubung tindasKesenianTiadaProses menyambung benang pakan atau benang lungsin yang putus.
persecutetindas terusSejarahTiadaPerbuatan menindas atau menekan atau menganiaya seseorang atau kumpulan tertentu dengan niat buruk atau jahat.
persecutiontindas terusSejarahTiadaPerihal penindasan atau penganiayaan seseorang atau kumpulan biasanya kerana kepercayaan agama seperti penindasan ke atas orang Yahudi oleh kumpulan Nazi.
suppression filterturas tindasKomunikasi MassaTiadaTiada
actionable firekebakaran perlu tindas; kebakaran disengajaPerhutananTiadaTiada
semisuppressed balloon spinningpintal belon separa tindasKesenianTiadaTiada

Kembali ke atas