self-esteem | harga diri | Perubatan | Tiada | Pencapaian maruah diri pada tahap yang mencapai kepuasan diri seseorang. Harga diri boleh terbahagi kepada harga diri rendah atau tinggi. |
humanistic psychology | psikologi kemanusiaan | Psikologi | Psikologi Umum | Bidang psikologi yang menumpukan kepada pertumbuhan diri, pengawalan diri dan pencapaian potensi diri serta masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Bidang ini menekankan kepentingan konsep kehendak diri yang bebas untuk memilih hidup secara kreatif, bermakna atau selamat tanpa dikawal oleh kuasa luar seperti pembelajaran terlazim atau pengalaman tanpa sedar. Bidang ini juga biasanya mengkaji peranan keperluan kasih sayang, pencapaian harga diri, kreativiti dan kerohanian. Keperluan-keperluan ini membolehkan individu mendapat kesejahteraan yang tinggi dalam aspek psikobiososialnya. Ahli psikologi yang mengembangkan bidang ini antaranya ialah Abraham Maslow, Carl Rogers dan Clark Moustakas. |
self-esteem | penghargaan kendiri | Psikologi | Psikologi Umum | Anggapan individu terhadap dirinya sama ada seorang yang berguna atau sebaliknya. Individu memerlukan harga diri yang tinggi untuk mencapai kesejahteraan emosi. Kanak-kanak yang mempunyai harga diri yang rendah biasanya akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri dengan kawan-kawannya dan selalunya tidak mencapai prestasi akademik yang tinggi. Pembentukan harga diri yang rendah dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa yang keras sehingga kanak-kanak merasakan diri mereka tidak bahagia kerana sentiasa diberi dendaan. Sebaliknya, kanak-kanak yang menerima kasih sayang dan sokongan emosi yang tinggi akan mempunyai harga diri yang tinggi. |
noble savage | noble savage | Kesusasteraan | Tiada | Konsep yang merujuk kepada sifat kemuliaan, kebaikan dan martabat diri yang tinggi pada manusia primitif yang belum dicemari oleh kesan buruk tamadun. Pada era romantisme, konsep ini merupakan tindak balas penulis terhadap kesan negatif industrialisme, materialisme dan kapitalisme yang memusnahkan keindahan semula jadi. Dalam era imperialisme pada kurun ke-19, konsep noble savage digunakan oleh para orientalis untuk merujuk kepada masyarakat peribumi. Kini, dalam bidang kajian pascakolonial, konsep ini ditinjau semula untuk mempelihatkan sikap memandang rendah sebilangan orientalis terhadap masyarakat peribumi. |
parasitic oscillation | ayunan parasit | Kejuruteraan | Tiada | Ayunan kekal diri atau dedenyut fana terjana diri yang tidak diingini pada litar penguat atau pengayun, biasanya pada frekuensi lebih tinggi atau lebih rendah daripada frekuensi operasi yang betul. |
promontory fort | kubu tanjung tinggi | Sejarah | Tiada | Kawasan atau tempat pertahanan diri di puncak bukit, hujung tanjung atau tebing tinggi yang dibina sepanjang hujung sesebuah semenanjung. |
high-risk exposure | dedahan risiko tinggi | Kesihatan Awam | Tiada | Keadaan bahaya pada tahap tinggi yang dihadapi oleh individu atau kelompok individu apabila terdedah kepada rembesan cecair daripada pesakit yang dijangkiti tanpa kedua-dua individu tersebut menggunakan kelengkapan perlindungan diri. |
groupthink | fikir kelompok | Psikologi | Psikologi Umum | Kecenderungan yang tinggi untuk berfikir secara serupa dan mengenepikan perbezaan. Menurut Janis (1982, 1989), fikir kelompok berlaku apabila satu-satu kelompok memerlukan perakuran yang tinggi sehingga menjejaskan ahli-ahlinya untuk membuat satu kesimpulan yang bijaksana. Terdapat beberapa gejala yang boleh muncul daripada fenomena fikir kelompok ini. Pertama, wujudnya ilusi kekebalan yang menyebabkan kelompok merasakan bahawa mereka tidak akan melakukan kesalahan 100% dalam membuat sesuatu keputusan. Kedua, penapisan diri yang membuatkan individu yang berbeza pendapat mendiamkan diri untuk mengelakkan dirinya dianggap sebagai kaki gaduh, penentang arus atau ditertawakan. Ketiga, tekanan yang dikenakan terhadap pembangkang membuatkan ahlinya terpaksa mengikut arus. Tindakan ketua atau ahli kelompok yang melemahkan semangat untuk membangkang boleh mewujudkan ilusi konsensus. |
choke coil | gegelung pencekik | Teknik | Elektrik | Gegelung berpenebat dengan teras yang mempunyai rintangan rendah tetapi kearuhannya tinggi dan memberikan ciri-ciri aruhan diri. Gegelung jenis ini digunakan sebagai peranti pengehad arus dalam litar arus ulang-alik dan menghasilkan voltan tinggi fana untuk menghidupkan lampu nyahcas. Di samping itu gegelung pencekik akan menjadikan arus litar arus ulang-alik sentiasa mantap selepas lampu nyahcas menyala |
hierarchy of needs | hierarki keperluan | Pentadbiran | Tiada | Teori tatatingkat keperluan manusia yang di susun mengikut turutan, iaitu daripada peringkat asas seperti makan, minum, seks, dan sebagainya sehinggalah kepada keperluan yang paling tinggi seperti pencapaian hasrat diri. |