Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kelakuan atau gerak-geri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tingkah (kata nama)
Bersinonim dengan ragam, kerenah, olah, canda;,
Kata Terbitan : tingkah laku, bertingkah,

Peribahasa

Sebab budi boleh kedapatan.

Bermaksud :

Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cognitive behavior modification (CBM)modifikasi tingkah laku kognitifPsikologiPsikologi UmumSatu proses penggabungan antara prinsip pembelajaran kognitif dengan tingkah laku untuk membentuk dan menggalakkan tingkah laku yang diingini. Proses ini berlaku berdasarkan pada tiga andaian, iaitu tingkah laku individu diperantarakan melalui peristiwa kognitif, perubahan dalam persekitaran akan membawa perubahan kepada tingkah laku dan individu merupakan seorang yang aktif dalam pembelajaran. Secara umumnya, modifikasi tingkah laku kognitif mengandaikan bahawa individu mempunyai kebolehan dan keupayaan memilih untuk memantau dan mengurus tingkah laku sendiri.
behaviourismfaham tingkah lakuPentadbiranTiadaAliran yang berpegang pada teori tingkah laku. Aliran ini percaya bahawa masyarakat memiliki pola tingkah laku yang boleh diperhati dan dianalisis secara saintifik. Sinonim behaviorisme. Lihat juga teori tingkah laku.
contagious behaviourtingkah laku jangkitanSosiologiTiadaTingkah laku yang terhasil akibat penularan tingkah laku tersebut daripada individu kepada individu lain di dalam sesuatu kelompok.
shapingpembentukanPsikologiPsikologi UmumProses atau prosedur untuk membina tingkah laku yang bukan daripada repertoir organisma yang terlibat. Proses ini dilakukan dengan bantuan kaedah pemberian ganjaran yang bersifat penghampiran kepada tingkah laku yang disasarkan. Pada asasnya, sebarang tingkah laku haiwan yang menghampiri ciri-ciri tingkah laku seperti yang dikehendaki itu akan diberi ganjaran sehingga tingkah laku tersebut tercapai. Contohnya, tikus yang dilatih menekan tuas bagi mendapatkan makanan akan diberikan ganjaran sekiranya haiwan tersebut bergerak menuju tuas atau menekan tuas tersebut. Tikus tersebut akan terus diberi ganjaran sehinggalah haiwan tersebut boleh menekan sendiri tuas berkenaan bagi mendapatkan makanan. Kebanyakan tingkah laku haiwan sarkas dilatih dengan cara ini.
animal behaviour characteristicsifat tingkah laku haiwanSosiologiTiadaTingkah laku manusia yang mempunyai unsur-unsur tingkah laku kehaiwanan.
dependency behaviortingkah laku kebergantunganPsikologiPsikologi UmumTingkah laku yang banyak bergantung pada orang lain atau masyarakat. Kebanyakan tingkah laku individu ini ditentukan oleh orang lain sehingga menyebabkan kepercayaan dirinya berkurangan. Contohnya, kanak-kanak yang terlalu bergantung pada ibu bapanya sehingga gagal membuat sesuatu keputusan sekalipun keputusan yang mudah.
dental behaviour reinforcementpengukuhan tingkah laku pergigianPergigianTiadaTindakan yang diambil bagi mengukuhkan tingkah laku pergigian iaitu dengan mengulang kembali kaedah dan jenis rawatan yang telah dibuat. Lihat juga pengurusan tingkah laku pergigian
social influencepengaruh sosialPsikologiPsikologi UmumPerubahan dalam tingkah laku individu akibat kehadiran atau tindakan orang lain di sekeliling. Apabila individu berinteraksi, biasanya tingkah laku mereka boleh mempengaruhi atau dipengaruhi oleh orang lain. Contohnya, dalam satu kajian di kaki lima di kota raya New York, satu kamera di pasang untuk merekod pengaruh tingkah laku tertentu. Satu papan tanda dipasang di tingkat 6 bangunan di seberang jalan. Apabila ramai kelompok terpengaruh melihat papan tanda itu, maka semakin ramai yang lalu di situ dan berhenti melihat papan tanda yang sama. Pengaruh sosial boleh berlaku daripada tingkah laku yang mudah seperti satu cadangan sampailah kepada tingkah laku yang kompleks seperti indoktrinasi. Tingkah laku harian orang ramai boleh dipengaruhi dengan mudah dengan keakuran.
sexual behaviourtingkah laku jantina; tingkah laku seksKependudukanTiadaTiada
sexual behaviourtingkah laku jantina; tingkah laku seksSosiologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas