blood trails | titisan darah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
cliche | klise | Kesusasteraan | Tiada | Ungkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah. |
intravenous drip | titisan intravena | Perubatan | Tiada | Titisan berterusan, plasma, salin, darah, larutan glukosa atau cecair lain ke dalam vena. |
saline drip | titis salius | Perubatan | Tiada | Titisan salina yang dimasukkan terus kesaluran darah untuk menggantikan plasma darah yang telah berkurangan kerana hemoraj. |
droplet infection | jangkitan titisan | Kesihatan Awam | Tiada | Jangkitan sesuatu penyakit kepada individu lain disebabkan titisan atau rembesan cecair tubuh seperti darah atau air liur. |
fat embolism syndrome | sindrom embolisme lemak | Perubatan | Tiada | Gejala yang timbul akibat tersebarnya titisan lemak dalam sirkulasi darah yang biasanya berlaku selepas trauma major. Gejala ini juga boleh berlaku kepada mangsa kebakaran, pesakit akut pankreatitis, kencing manis, dalam prosedur rekonstruksi sendi dan sedutan lemak. Embolisme lemak boleh menyebabkan beberapa gejala seperti keliru, resah, sawan, infark serebrum, koma, sesak nafas, hemoptisis, takikardia dan hipotensi. |