Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : simbol kimia bagi tulium. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tm


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Tetronic TMTetronic TMFarmasiTiadalih. poloksamina.
Teflon TMTeflon TMFarmasiTiadaNama dagangan Du Pont bagi politetrafluoroetilena, yang merupakan suatu plastik yang kuat, tidak mudah terbakar, dan lengai secara kimia. Plastik ini digunakan untuk menyaluti peranti yang digunakan untuk memproses bahan kimia yang sangat reaktif.
fiberfil TMfiberfil TMKejuruteraanPolimerJenama komersial yang merujuk kepada pelet plastik yang telah ditambah tetulang pengisi gentian pendek untuk menaikkan modelus bahan plastik tersebut.
tubular maximum (Tm)maksimum tubul (Tm)VeterinarTiadaTiada
Boyer-Beaman ruleaturan Boyer-BeamanKejuruteraanPolimerAturan panduan yang lazim, yang menyatakan bahawa nisbah suhu peralihan kaca sesuatu polimer terhadap suhu leburnya (Tg/Tm), dalam unit Kelvin, adalah di antara dan 0.5 dan 0.7. Untuk polimer simetri seperti polietilena, ia lebih dekat kepada nilai 0.5, manakala bagi polimer tak simetri seperti polistirena, ia lebih dekat kepada 0.7. Aturan ini juga boleh diwakilkan dengan ketaksamaan di bawah. (Polimer Simetri) Tm/2Tm/3 (Polimer Tak Simetri).
thuliumtuliumKejuruteraanTiadaUnsur logam nadir bersimbol Tm dan bernombor atom 69.
cylinder bursting pressuretekanan peletusan silinderKejuruteraanKejuruteraan KimiaTekanan maksimum atau perbezaan tekanan di dalam dan di luar sejurus sebelum berlakunya peletusan silinder berdinding nipis yang boleh dianggarkan menurut ungkapan rB = 2 dT tM/Dm, dengan rB = tekanan peletusan, dT = kekuatan tegangan, Dm = garis pusat purata, tM = ketebalan dinding minimum.
thuliumtuliumKimiaTiadaUnsur logam nadir bumi dalam siri lantanid dan ahli kumpulan IIIB (atau 3) jadual berkala, simbol Tm, nombor atom 69, berat atom 168.934, nombor pengoksidaan +3, takat lebur 1550°C, takat didih 1947°C, berbentuk pepejal, relap, dan larut di dalam asid cair. Sumber semula jadi tulium ialah bijih monazit dan bastnasit. Tulium diperoleh daripada penurunan tulium fluorida dengan kalsium. Unsur ini digunakan sebagai sumber sinar-X.
Maxwellian liquidcecair MaxwellFizikMekanikBendalir likat-kenyal yang tensor tegasannya dihubungkan dengan kadar terikan menurut persamaan berikut: Rujuk buku asal Kamus Fizik Mekanik halaman 12 (Pij = tensor tegasan, h = kelikatan bagi aliran mantap, dan tm = masa santai bagi tegasan kenyal yang terbentuk akibat canggaan mengejut)
geopotential thicknessketebalan geokeupayaanMeteorologiMeteorologi PerhubunganPerbezaan ketinggian geokeupayaan di antara dua permukaan yang bertekanan malar di dalam atmosfera, yang berkadaran dengan min suhu udara di antara dua permukaan tekanan p1 dan p2. SIMBOL dengan ? � ialah ketebalan geokeupayaan , R ialah pemalar gas udara, p1 dan p2 masing-masing ialah nilai tekanan permukaan isobarik lapisan bawah dan atas, T ialah suhu udara (Kelvin), dan Tm ialah min suhu.

Kembali ke atas