personality cult | pujaan tokoh | Sejarah | Tiada | Aliran atau kecenderungan sesuatu kumpulan untuk memuja secara berlebih-lebihan seorang tokoh dalam masyarakat. |
epic | epik | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang mengisahkan pengembaraan atau kepahlawanan tokoh penting dalam sejarah atau tokoh yang menjadi legenda sesuatu bangsa atau sesebuah negara. Biasanya, kisah epik berkisar tentang seorang tokoh yang wujud dalam sejarah, legenda atau kepercayaan masyarakat setempat. Kisah pengembaraan dan wira pula meliputi alam nyata dan alam kayangan, melibatkan manusia dewa, peristiwa logik dan fantasi dan sebagainya. Biasanya, epik wujud dalam bentuk puisi dan prosa yang panjang dengan penampilan nilai konvensi, estetik, dan mutu kepengarangan yang tinggi. Terdapat dua jenis epik. Pertama, epik rakyat (epik tradisional/epik primer), iaitu epik yang wujud dalam masyarakat lisan dengan pengarang yang tidak diketahui namanya. Epik berkenaan banyak bersumberkan unsur mitos dan legenda yang wujud dalam tradisi kepercayaan masyarakat tersebut. Kedua, epik seni (epik sekunder), iaitu epik yang muncul dalam budaya tulisan dan kebanyakannya dihasilkan oleh pengarang yang terkenal. Antaranya ialah Iliad dan Odyssey oleh H |
Justice of Peace | Jaksa Pendamai | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Individu yang dilantik khas oleh Raja bagi memelihara keamanan dalam masyarakat. Bidang kuasa beliau tertakluk kepada undang-undang negara dan peruntukan kuasa yang diberikan kepadanya. Individu yang dilantik ini merupakan tokoh yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan dihormati. Ia menjadi rujukan kepada pihak tertentu dalam masyarakat terutamanya untuk menyelesaikan pertikaian. Kebanyakan Jaksa Pendamai dilantik di kalangan majistret yang biasa mengadili kes orang ramai. Jawatan ini berasal dari United Kingdom sejak tahun 1361 apabila King Edward III melantik orang ternama di setiap mukim bagi memelihara keamanan di tempat berkenaan. Singkatan JP. |
bard | barda | Kesusasteraan | Tiada | Seniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga d |
sacred time | zaman suci | Kesusasteraan | Tiada | Zaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian. |